Selamat datang ke Yahoo!. Yahoo! Southeast Asia Pte Ltd (Co. Reg. No. 199700735D) ("Yahoo!", "kami" atau "kita", sebagaimana yang sesuai) memberikan Perkhidmatannya (seperti dihuraikan di bawah ini) kepada anda tertakluk pada Syarat-syarat Perkhidmatan sepertimana yang berikut (Terms of Service atau "TOS"), yang mungkin kami kemaskinikan dari masa ke semasa mengikut budi bicara mutlak kami tanpa perlu memberi notis kepada anda. Anda bersetuju sekiranya anda terus menggunakan Perkhidmatan tersebut selepas pengemaskinian tersebut, bermaksud anda menerima dan bersetuju untuk mematuhi TOS yang telah dikemaskinikan itu. Anda boleh mengulas versi TOS yang terkini pada bila-bila masa di: http://info.yahoo.com/legal/my/yahoo/utos/. Di samping itu, apabila anda menggunakan perkhidmatan yang dimiliki atau dikendalikan oleh Yahoo! anda dan Yahoo adalah tertakluk kepada apa-apa garis panduan atau peraturan yang dipamerkan dan yang berkenaan dengan perkhidmatan tersebut, yang mungkin disiarkan atau dipamerkan dari semasa ke semasa. Semua garis panduan atau peraturan (termasuk tetapi tidak terhad kepada Polisi Spam kami) adalah dengan ini dimasukkan dan digabungkan melalui rujukan dalam TOS. Secara lazimnya, garis panduan dan peraturan adalah khusus untuk bahagian tertentu di dalam Perkhidmatan tersebut dan akan membantu anda dalam mematuhi TOS bagi bahagian tersebut, tetapi sekiranya terdapat apa-apa ketidaksejajaran di antara TOS dan mana-mana garis panduan atau peraturan, TOS hendaklah di beri keutamaan. Yahoo! dan/atau syarikat-syarikat induknya, subsidiarinya atau sekutunya mungkin juga menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan lain yang dikawal oleh Syarat-syarat Perkhidmatan yang berbeza, dimana di dalam keadaan ini TOS tidak terpakai untuk perkhidmatan-perkhidmatan lain, sekiranya dan setakat dikecualikan dengan nyata oleh Syarat-syarat Perkhidmatan lain tersebut. Sebagai contoh, syarat-syarat yang berbeza adalah terpakai ke atas pemilik laman web di Yahoo!GeoCities.
2. PERIHAL PERKHIDMATAN
Yahoo! memberi para pengguna akses kepada sumber pilihan yang luas termasuk pelbagai alat komunikasi, forum-forum, perkhidmatan-perkhidmatan membeli-belah, perkhidmatan-perkhidmatan carian, kandungan tersuai dan pengaturcaraan berjenama ("Perkhidmatan") melalui rangkaian milikannya yang boleh diakseskan melalui mana-mana pelbagai medium atau peranti yang diketahui kini atau yang akan dibangunkan selepas ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada Jaringan Sedunia (World Wide Web), perkhidmatan telefon bimbit atau komunikasi (seperti SMS (Short Message Service atau Perkhidmatan Mesej Ringkas)), dan/atau perkhidmatan atau protokol Internet atau telekomunikasi yang lain (seperti WAP (Wireless Application Protokol atau Protokol Aplikasi Wayarles)). Anda juga faham dan bersetuju bahawa Perkhidmatan tersebut mungkin merangkumi iklan-iklan dan iklan-iklan ini adalah perlu untuk membolehkan Yahoo! memberikan Perkhidmatan tersebut. Anda juga faham dan bersetuju bahawa Perkhidmatan tersebut mungkin merangkumi komunikasi tertentu daripada Yahoo!, seperti pengumuman perkhidmatan, mesej pentadbiran dan Surat Berita Yahoo!, dan bahawa kesemua komunikasi ini dianggap sebahagian daripada keahlian Yahoo! dan anda tidak boleh memilih untuk menarik diri daripada menerimanya. Kecuali dinyatakan sebaliknya dengan jelas, apa-apa ciri baru yang menambahkan atau memperbaik Perkhidmatan kini, termasuk pengeluaran milikan-milikan Yahoo! yang baru, adalah tertakluk kepada TOS. Anda faham dan bersetuju bahawa Perkhidmatan diberikan "SEBAGAIMANA ADANYA" dan Yahoo! tidak bertanggungjawab ke atas ketepatan masa, penghapusan, kesilapan penghantaran atau kegagalan untuk menyimpan mana-mana komunikasi pengguna atau tetapan tersuai.
Anda adalah bertanggungjawab untuk mendapatkan akses kepada Perkhidmatan,dan akses tersebut mungkin melibatkan yuran-yuran kepada pihak ketiga (seperti caj-caj pembekal perkhidmatan Internet atau caj-caj masa-ke-udara). Anda bertanggungjawab ke atas yuran-yuran tersebut, termasuk yuran-yuran yang berkaitan dengan pameran atau penghantaran iklan-iklan). Selain itu, anda hendaklah menyediakan dan juga bertanggungjawab ke atas kesemua kelengkapan yang diperlukan untuk mengakses Perkhidmatan tersebut.
Melainkan dinyatakan sebaliknya dengan jelas, maklumat yang disampaikan dalam Perkhidmatan atau yang berkaitan dengan mana-mana produk dan perkhidmatan yang menjadi sebahagian daripada Perkhidmatan tidak boleh dianggap sebagai tawaran yang mengikat oleh kami atau pihak ketiga yang berkenaan, tetapi boleh merupakan undangan kepada anda untuk membuat pesanan. Bagi kontrak-kontrak untuk produk dan perkhidmatan kami atau mana-mana pihak ketiga yang disediakan sebagai sebahagian daripada Perkhidmatan, akan dianggap selesai apabila kami atau pihak ketiga yang berkenaan telah menerima pesanan anda untuk produk atau perkhidmatan tersebut, atau telah memberi anda produk atau perkhidmatan tersebut menurut pesanan anda.
Sila ambil perhatian bahawa Yahoo! telah mencipta ruangan-ruangan tertentu dalam Perkhidmatan tersebut yang dihadkan daripada tatapan umum dan anda harus memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk mengakses dan menatap ruangan-ruangan tersebut.
3. KEWAJIPAN PENDAFTARAN ANDA
Sebagai balasan penggunaan Perkhidmatan oleh anda, anda membuat representasi bahawa anda telah cukup umur di sisi undang-undang untuk memasuki satu kontrak yang mengikat dan anda bukan seorang yang disekat daripada menerima perkhidmatan-perkhidmatan di bawah undang-undang Singapura atau bidang kuasa lain yang terpakai. Anda juga bersetuju untuk: (a) memberikan maklumat yang benar, tepat, terkini dan lengkap tentang diri anda seperti yang dikehendaki dalam borang pendaftaran Perkhidmatan ("Data Pendaftaran") dan (b) mengekalkan dan mengemaskinikan Data Pendaftaran dengan segera agar ia sentiasa benar, tepat, terkini dan lengkap. Jika anda memberikan apa-apa maklumat yang tidak benar, tidak tepat, bukan yang terkini atau tidak lengkap, atau Yahoo! mempunyai sebab-sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa maklumat tersebut tidak benar, tidak tepat, bukan yang terkini atau tidak lengkap, Yahoo! berhak menggantungkan atau menamatkan akaun anda dan menolak mana-mana dan kesemua penggunaan Perkhidmatan yang kini atau yang akan datang (atau mana-mana bahagian daripadanya). Yahoo! mementingkan keselamatan dan privasi semua pengguna-penggunanya, terutamanya kanak-kanak. Walau bagaimanapun, sila ingat bahawa Perkhidmatan tersebut direka untuk menarik minat khalayak ramai. Oleh itu, sekiranya anda merupakan ibu bapa atau penjaga yang sah, anda bertanggungjawab untuk menentukan sama ada mana-mana Perkhidmatan dan/atau Kandungan (yang ditakrifkan di dalam Seksyen 6 di bawah) adalah sesuai untuk anak anda. Begitu juga, jika anda masih kanak-kanak, sila minta nasihat dan merujuk kepada ibu bapa atau penjaga anda yang sah untuk mengetahui sama ada mana-mana Perkhidmatan dan/atau Kandungan itu adalah sesuai untuk anda.
Meskipun apa yang dinyatakan di atas, kami mungkin memberi anda akses kepada beberapa bahagian Perkhidmatan tanpa perlu anda mendaftar sebagai pengguna. Dalam keadaan tersebut, pengenalan diri anda akan berdasarkan cara pengenalan lain yang kami menganggap sesuai. Dalam kes-kes yang tertentu, pengenalan mungkin berdasarkan atas data yang mengenal pasti telefon bimbit atau langganan komunikasi anda, seperti nombor langganan anda atau nombor MSISDN (Mobile Service Integrated Services Digital Network atau Rangkaian Digital Perkhidmatan Bersepadu Perkhidmatan Bimbit) yang dibekalkan oleh pengendali rangkaian anda. Anda bersetuju bahawa maklumat sedemikian boleh dikumpulkan dan didedahkan kepada kami, dan digunakan selaras dengan TOS.
4. POLISI PRIVASI YAHOO!
Data Pendaftaran dan maklumat lain yang tertentu tentang diri anda adalah tertakluk kepada Polisi Privasi kami yang digabungkan melalui rujukan kepada TOS dan dijadikan sebahagian daripada TOS ini. Dengan memberikan atau menyediakan Data Pendaftaran dan maklumat lain seumpamanya tentang diri anda kepada kami, anda bersetuju dan mengakui bahawa kami boleh menggunakan atau mengeluarkan maklumat sedemikian kepada pihak ketiga seperti yang dinyatakan di dalam Polisi Privasi, dan bahawa anda mengizinkan penggunaan atau pendedahan sedemikian. Anda selanjutnya bersetuju bahawa dengan memberikan kami Data Pendaftaran anda dan/atau menggunakan Perkhidmatan tersebut, anda dengan nyata memohon untuk menerima dan mengizin penerimaan komunikasi-komunikasi dan bahan-bahan daripada Yahoo! dari masa ke semasa. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat polisi privasi kami yang lengkap di http://info.yahoo.com/privacy/my/yahoo/ Anda faham bahawa melalui penggunaan Perkhidmatan tersebut oleh anda, anda mengizinkan pengumpulan dan penggunaan (seperti yang dinyatakan seterusnya dalam Polisi Privasi) maklumat ini, termasuk penghantaran maklumat ini ke Amerika Syarikat dan/atau negara-negara lain untuk simpanan, pemprosesan dan penggunaan oleh Yahoo! dan gabungan-gabungannya.
5. AKAUN, KATA LALUAN DAN KESELAMATAN AHLI
Anda akan menerima kata laluan dan akaun yang dikhaskan untuk anda selepas melengkapkan proses pendaftaran Perkhidmatan. Anda bertanggungjawab untuk merahsiakan kata laluan dan akaun tersebut, dan anda bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kesemua aktiviti yang dijalankan dengan menggunakan kata laluan atau akaun anda. Anda bersetuju untuk (a) segera memberitahu Yahoo! tentang apa-apa penggunaan kata laluan atau akaun anda tanpa kebenaran, atau apa-apa pelanggaran keselamatan yang lain, dan (b) memastikan anda keluar daripada akaun anda pada penghujung setiap sesi. Yahoo! tidak boleh dan tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian atau kerosakan akibat kegagalan anda untuk mematuhi Seksyen 5 ini.
6. TINGKAH LAKU AHLI
Anda faham bahawa semua maklumat, data, teks, perisian, muzik, bunyi, gambar-gambar, grafik-grafik, video, mesej-mesej, label-label atau bahan-bahan lain ("Kandungan"), sama ada disiarkan secara umum atau dihantarkan secara peribadi, menjadi tanggungjawab mutlak orang yang menghantar Kandungan itu. Ini bermakna bahawa anda, dan bukannya Yahoo!, bertanggungjawab sepenuhnya ke atas semua Kandungan yang anda muat naik, siarkan, hantarkan melalui e-mel, hantarkan atau sediakan dengan cara lain melalui Perkhidmatan tersebut. Yahoo! tidak mengawal Kandungan yang disiarkan melalui Perkhidmatan tersebut, dan oleh yang sedemikian, Yahoo! tidak akan menjamin ketepatan, keutuhan atau mutu Kandungan tersebut. Anda faham bahawa dengan menggunakan Perkhidmatan tersebut, anda mungkin terdedah kepada Kandungan yang menyinggung, tidak senonoh atau tidak menyenangkan. Yahoo! mahupun pemberi lesen, pembekal, penjual, syarikat induk, syarikat pegangan, syarikat subsidiari atau syarikat yang berkaitan, sekutu, pegawai, ejen atau pekerja kami, mengikut keadaannya, tidak bertanggungjawab sama sekali dalam apa jua cara atau situasi ke atas mana-mana Kandungan, termasuk tetapi tidak terhad pada apa-apa pendedahan kepada Kandungan yang menyinggung, tidak senonoh atau tidak menyenangkan, apa-apa kesilapan atau ketinggalan dalam mana-mana Kandungan, atau apa-apa kerugian atau kerosakan dalam apa jua bentuk akibat penggunaan mana-mana Kandungan yang disiarkan, dihantarkan melalui e-mel, dihantarkan atau disediakan dengan cara lain melalui Perkhidmatan tersebut.
Anda bersetuju bahawa tidak akan menggunakan Perkhidmatan tersebut untuk:
(a) memuat naik, menyiarkan, menghantarkan melalui e-mel, menghantarkan mahupun menyediakan dengan cara lain mana-mana Kandungan yang haram, memudaratkan, mengancam, kesat, mengganggu, menyeksa, memfitnah, kasar, lucah, pornografi, mengeji, mencerobohi privasi orang lain, subversif, dibenci, atau dengan cara lain mencemar atau bertentangan dengan kepentingan orang ramai, keamanan awam atau keharmonian negara dari segi bangsa, etnik atau dari segi lain, di dalam semua bidang kuasa yang berkenaan;
(b) memudaratkan golongan bawah umur dengan apa jua cara;
(c) menyamar mana-mana orang atau entiti, termasuk tetapi tidak terhad kepada, pegawai Yahoo!, pemimpin forum, pembimbing atau hos atau sebaliknya menyalahnyatakan atau menyalahgambarkan hubungan anda dengan seseorang atau entiti;
(d) memalsukan tajuk-tajuk atau memanipulasikan pengenalpastian- pengenalpastian dengan cara lain, bertujuan untuk menyamar punca mana-mana Kandungan yang dihantarkan melalui Perkhidmatan tersebut;
(e) memuat naik, menyiarkan, menghantarkan melalui e-mel, menghantarkan atau menyediakan dengan cara lain apa-apa Kandungan yang anda tidak mempunyai hak untuk menyediakan di bawah mana-mana undang-undang atau di bawah hubungan berkontrak atau fidusiari (seperti maklumat dalaman, maklumat proprietari dan maklumat sulit yang diketahui atau didedahkan sebagai sebahagian daripada hubungan pekerjaan atau di bawah perjanjian ketidakdedahan);
(f) memuat naik, menyiarkan, menghantarkan melalui e-mel, menghantarkan atau menyediakan dengan cara lain apa-apa Kandungan yang melanggar mana-mana paten, tanda dagang, rahsia perdagangan, hak cipta atau hak proprietari mana-mana pihak;
(g) memuat naik, menyiarkan, menghantarkan melalui e-mel, menghantarkan atau menyediakan dengan cara lain apa-apa iklan, bahan promosi, "mel sampah", "spam", "surat berantai", "skim piramid", atau apa-apa bentuk penjualan lain yang tidak diminta atau yang tidak dibenarkan, kecuali bagi tapak atau laman yang dimaksudkan untuk tujuan tersebut (seperti membeli-belah) (sila baca Polisi Spam kami yang lengkap);
(h) memuat naik, menyiarkan, menghantarkan melalui e-mel, menghantarkan atau menyediakan dengan cara lain apa-apa bahan yang mengandungi virus perisian atau apa-apa kod, fail atau atur cara komputer yang lain, yang direka untuk mengganggu, membinasakan atau menghadkan fungsi mana-mana perisian atau perkakasan komputer, atau kelengkapan telekomunikasi;
(i) mengganggu aliran dialog yang normal, menyebabkan skrin menatal dengan lebih cepat daripada kemampuan menaip oleh pengguna lain Perkhidmatan tersebut, atau bertindak dengan cara lain yang mempengaruhi secara negatif kemampuan pengguna lain untuk menyertai saling tindak dalam masa nyata;
(j) mengganggu atau menggendalakan Perkhidmatan tersebut atau penggunaan Perkhidmatan tersebut oleh orang lain, atau pelayan-pelayan atau rangkaian-rangkaian yang berhubung dengan Perkhidmatan, atau melanggar apa-apa keperluan, tatacara, polisiatau peraturan rangkaian yang berhubung dengan Perkhidmatan tersebut;
(k) dengan sengaja atau tidak sengaja melanggar mana-mana undang-undang, statut, ordinan, peraturan, kaedah atau kod yang berkenaan, termasuk tetapi tidak terhad, pada mana-mana peraturan, kaedah, pemberitahuan atau arahan oleh mana-mana badan pengawal selia atau pihak berkuasa, agensi kerajaan atau perkhidmatan sekuriti negara atau perkhidmatan sekuriti yang lain;
(l) memberikan sokongan atau sumber-sumber yang material (atau menyembunyikan atau menyamar sifat, lokasi, sumber atau milikan sokongan atau sumber-sumber yang material) kepada mana-mana organisasi-organisasi yang telah digelarkan oleh kerajaan Amerika Syarikat sebagai organisasi pengganas asing menurut seksyen 219 Akta Immigrasi dan Kerakyatan;
(m)"mengekori secara mengendap" atau dengan cara lain mengganggu yang lain;
(n) melakukan apa-apa tindakan menipu atau tindakan haram, sama ada berkaitan dengan mana-mana pembekal produk dan perkhidmatan pihak ketiga dalam Perkhidmatan ataupun sebaliknya; dan/atau
(o) mengumpul atau menyimpan data peribadi tentang pengguna-pengguna lain berhubung dengan tingkah laku terlarang dan aktiviti-aktiviti yang dinyatakan di perenggan-perenggan (a) hingga (n) di atas.
Anda mengakui bahawa Yahoo! mungkin atau tidak mungkin menyaring Kandungan terlebih dahulu, tetapi Yahoo! dan wakil-wakilnya berhak (tetapi tidak berkewajipan) mengikut budi bicara mutlak mereka untuk menyaring, menolak, memindahkan atau membuang apa-apa Kandungan yang boleh didapati melalui Perkhidmatan tersebut. Tanpa menghadkan perkara yang disebutkan sebelum ini, Yahoo! dan wakil-wakilnya berhak mengeluarkan apa-apa Kandungan (sama ada yang disediakan oleh anda ataupun tidak) yang dengan jujur kami percaya melanggar TOS atau yang didakwa melanggar mana-mana harta intelek atau dengan cara lain tidak menyenangkan mengikut pendapat mutlak kami, tanpa menanggung liabiliti kepada anda dengan apa jua cara ke atas apa-apa kerugian atau kerosakan yang timbul akibat pengeluaran tersebut. Anda bersetuju bahawa anda mesti menilai, dan menanggung semua risiko yang berkaitan dengan penggunaan mana-mana Kandungan, termasuk apa-apa pergantungan kepada ketepatan, kesempurnaan, atau kegunaan Kandungan tersebut. Sehubungan dengan itu, anda mengakui bahawa anda tidak boleh bergantung, kepada apa-apa Kandungan yang dicipta oleh Yahoo! atau yang diserahkan kepada Yahoo!, termasuk tanpa had, maklumat di Papan Mesej Yahoo! dan di kesemua bahagian-bahagian Perkhidmatan yang lain.
Anda mengakui, mengizini dan bersetuju bahawa mengikut budi bicara mutlak Yahoo!, ia boleh mengakses, menyimpan dan mendedahkan maklumat akaun anda dan Kandungan jika dikehendaki berbuat demikian oleh undang-undang, atau dengan niat baik percaya bahawa akses penyimpanan atau pendedahan tersebut patut dilakukan untuk: (a) mematuhi proses undang-undang; (b) menguatkuasakan TOS; (c) bertindak balas kepada dakwaan bahawa mana-mana Kandungan mencabuli hak pihak ketiga; (d) menjawab permintaan-permintaan anda untuk perkhidmatan pelanggan; atau (e) melindungi hak, harta, atau keselamatan peribadi Yahoo!, pengguna-penggunanya dan orang awam.
Anda faham bahawa proses teknikal dan penghantaran Perkhidmatan, termasuk Kandungan anda, mungkin melibatkan (a) penghantaran melalui pelbagai rangkaian; dan (b) perubahan-perubahan supaya menurut dan bersesuaian dengan keperluan teknikal bagi penyambungan rangkaian atau peranti.
Anda faham bahawa Perkhidmatan tersebut dan perisian yang terkandung dalam Perkhidmatan tersebut mungkin termasuk komponen-komponen keselamatan yang membenarkan bahan-bahan digital untuk dilindungi, dan penggunaan bahan-bahan tersebut adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan penggunaan yang ditetapkan oleh Yahoo! dan/atau pembekal-pembekal kandungan yang membekalkan kandungan kepada Perkhidmatan tersebut. Anda tidak boleh mencuba untuk mengatasi atau memintasi apa-apa peraturan-peraturan penggunaan yang tertanam di dalam Perkhidmatan tersebut. Apa-apa pengeluaran semula tanpa izin, penerbitan, pengedaran lanjutan atau pameran awam bahan-bahan yang diberikan dalam Perkhidmatan tersebut, samada kesemuanya atau sebahagian daripadanya, adalah dilarang sama sekali.
7. SIFAT KOMUNIKASI-KOMUNIKASI DALAM RANGKAIAN YAHOO!
Apabila anda mendaftar dengan Yahoo!, anda mengakui bahawa dalam menggunakan Perkhidmatan tersebut untuk menghantar komunikasi-komunikasi elektronik (termasuk tetapi tidak terhad kepada e-mel, carian pertanyaan-pertanyaan, menghantar mesej-mesej kepada Yahoo! Chat atau Yahoo! Groups, memuat naik gambar-gambar dan fail-fail ke Yahoo! Photos atau Briefcase, dan aktiviti-aktiviti Internet yang lain), anda akan menyebabkan komunikasi-komunikasi dihantar melalui rangkaian-rangkaian komputer Yahoo! dimana beberapa bahagian daripadanya adalah terletak di suatu bidang kuasa, dan yang lain terletak di tempat-tempat di bidang-bidang kuasa yang lain dan selainnya adalah terletak di bidang-bidang kuasa lain. Akibatnya, dan juga disebabkan oleh senibina rangkaian Yahoo! dan amalan-amalan berniaga dan sifat komunikasi-komunikasi elektronik, mahupun komunikasi-komunikasi yang seolah-olahnya bersifat dalam-negeri boleh membawa kepada penghantaran komunikasi-komunikasi antara-negeri tanpa mengira di mana anda berada secara fizikal pada waktu penghantaran. Oleh yang sedemikian, dengan menyetujui Syarat-syarat Perkhidmatan ini, anda mengakui bahawa penggunaan perkhidmatan mengakibatkan penghantaran-penghantaran data antara-negeri.
Yahoo! Messenger, termasuk apa-apa versi-versi berdasarkan laman, akan membolehkan anda dan orang yang berkomunikasi dengan anda untuk menyimpan perbualan-perbualan anda dalam akaun-akaun Yahoo! anda yang terletak di pelayan-pelayan Yahoo! Ini bermakna anda boleh mengakses dan mencari sejarah mesej anda dari mana-mana komputer yang mempunyai akses kepada internet. Sama ada anda menggunakan ciri ini, pengguna-pengguna lain mungkin memilih untuk menggunakannya untuk menyimpan perbualan-perbualan dengan anda di akaun Yahoo! mereka juga. Persetujuan anda mengenai TOS ini merupakan keizinan anda untuk membenarkan Yahoo! menyimpan komunikasi-komunikasi tersebut dalam pelayan-pelayannya. Dari masa ke semasa Yahoo! akan menghantar notis-notis kepada anda melalui Yahoo! Messenger Servis untuk memberitahu anda tentang perubahan-perubahan penting kepada Yahoo! Messenger atau Perkhidmatan berkaitan. Mesej-mesej tersebut mungkin tidak akan diterima jika anda melanggar TOS ini dengan mengakseskan Perkhidmatan tersebut secara tanpa mendapat kebenaran. Persetujuan anda kepada TOS ini merupakan persetujuan anda bahawa anda dianggap telah menerima apa-apa dan semua notis-notis yang sepatutnya dihantar sekiranya anda mengakses Perkhidmatan tersebut secara dengan mendapat kebenaran.
8. PERINGATAN-PERINGATAN KHAS BAGI PENGGUNAAN ANTARABANGSA
Menyedari sifat sejagat Internet, anda bersetuju untuk mematuhi semua peraturan-peraturan tempatan berkenaan dengan tingkah laku dalam talian dan Kandungan yang boleh diterima. Khususnya, anda bersetuju untuk mematuhi semua undang-undang yang terpakai berkenaan penghantaran data teknikal yang dieksport dari Amerika Syarikat atau negara yang anda menetap.
9. KANDUNGAN YANG DISERAHKAN ATAU DISEDIAKAN UNTUK DIMASUKKAN DALAM PERKHIDMATAN
Yahoo! tidak menuntut pemilikan ke atas Kandungan yang anda serahkan atau yang disediakan untuk dimasukkan dalam Perkhidmatan. Walau bagaimanapun, berhubung Kandungan yang anda serahkan atau sediakan untuk dimasukkan dalam ruangan-ruangan yang boleh diakses oleh orang awam dalam Perkhidmatan tersebut, anda memberikan Yahoo! lesen-lesen tanpa royalti di seluruh dunia, yang tidak eksklusif dan boleh dipindahmilik dan seperti yang berikut, setakat mana terpakai:
Ruangan-ruangan Perkhidmatan yang dinyatakan sebagai "boleh diakses oleh orang awam" merupakan ruangan-ruangan rangkaian Yahoo! yang dimaksudkan untuk disediakan untuk orang awam. Sebagai contoh, ruangan-ruangan yang boleh diakses oleh orang awam dalam Perkhidmatan akan termasuk Papan Mesej Yahoo! dan bahagian-bahagian Yahoo! Groups, Photos dan Briefcase yang dibuka kepada para ahli dan para pelawat. Walau bagaimanapun, ruangan-ruangan Perkhidmatan yang boleh diakses oleh orang awam tidak termasuk bahagian-bahagian Yahoo! Groups yang dihadkan kepada para ahli, perkhidmatan-perkhidmatan Yahoo! yang dimaksudkan untuk komunikasi peribadi seperti Mel Yahoo! atau Yahoo! Messenger, atau ruangan-ruangan yang jauh daripada rangkaian milikan Yahoo! seperti bahagian-bahagian tapak-tapak Jaringan Sedunia yang boleh diakses melalui hiperteks atau pautan-pautan lain tetapi yang bukan dihoskan atau disediakan oleh Yahoo!
10. SUMBANGAN-SUMBANGAN KEPADA YAHOO!
Dengan menyerahkan idea-idea, cadangan-cadangan, dokumen-dokumen dan/atau usul-usul (�Sumbangan-sumbangan�) kepada Yahoo! melalui laman-laman web cadangannya atau maklumbalasnya, anda mengakui dan bersetuju bahawa: (a) Sumbangan-sumbangan anda tidak mengandungi maklumat sulit dan proprietari; (b) Yahoo! tidak mempunyai apa-apa kewajipan untuk menyimpan rahsia, samada secara tersurat atau tersirat terhadap Sumbangan-sumbangan itu; (c) Yahoo! adalah berhak untuk menggunakan atau mendedahkan (atau memilih untuk tidak menggunakan atau mendedahkan) Sumbangan-sumbangan tersebut untuk apa-apa tujuan, dalam apa-apa cara, dalam mana-mana media seluruh dunia; (d) Yahoo! mungkin mempunyai sesuatu yang serupa dengan Sumbangan-sumbangan itu yang telah dibawa untuk pertimbangan atau dalam perkembangan; (e) Sumbangan-sumbangan anda secara automatiknya menjadi kepunyaan Yahoo! tanpa apa-apa kewajipan oleh Yahoo! kepada anda; dan (f) anda tidak berhak ke atas apa-apa pampasan atau pembayaran balik dalam apa-apa bentuk daripada Yahoo! di dalam apa jua keadaan.
11. TANGGUNG RUGI
Anda bersetuju untuk menanggung rugi dan melindungi Yahoo! dan syarikat induknya, syarikat pegangannya, syarikat subsidiari, syarikat gabungan dan syarikat berkaitan, pegawai-pegawai, ejen-ejen, para pekerja, rakan-rakan kongsi, para pembekal, para penjual, pekongsi-pekongsi jenama, para pemberi lesen, daripada apa-apa dakwaan atau tuntutan, termasuk yuran para peguam yang munasabah, oleh mana-mana pihak ketiga, yang disebabkan atau yang timbul daripada Kandungan yang anda serahkan, siarkan, hantarkan atau sebaliknya sediakan melalui Perkhidmatan tersebut, penggunaan Perkhidmatan tersebut oleh anda, hubungan anda dengan Perkhidmatan, pelanggaran TOS oleh anda, pencabulan mana-mana hak yang lain oleh anda, atau pelanggaran undang-undang yang berkenaan oleh anda.
12. PERKHIDMATAN TERSEBUT TIDAK BOLEH DIJUAL SEMULA
Anda bersetuju untuk tidak mengeluarkan semula, memperbanyakkan, menyalin, menjual, mendagang, menjual semula atau mengeksploitasi untuk apa-apa tujuan komersial mana-mana bahagian Perkhidmatan (termasuk ID Yahoo! anda), penggunaan Perkhidmatan, atau akses kepada Perkhidmatan.
13. AMALAN AM MENGENAI PENGGUNAAN DAN PENYIMPANAN
Anda mengakui bahawa Yahoo! boleh, mengikut budi bicara mutlaknya, menetapkan amalan-amalan am dan had-had penggunaan Perkhidmatan, termasuk tanpa had, cara Perkhidmatan tersebut digunakan, bilangan hari maksimum mesej-mesej e-mel, siaran-siaran papan mesej atau Kandungan lain yang dimuat naik, akan disimpan oleh Perkhidmatan, bilangan maksimum mesej-mesej e-mel yang boleh dihantarkan dari atau diterima oleh akaun dalam Perkhidmatan, saiz maksimum apa-apa mesej e-mel yang boleh dihantarkan dari atau diterima oleh akaun dalam Perkhidmatan, ruang cakera maksimum yang akan diperuntukkan pada pelayan-pelayan Yahoo! bagi pihak anda, dan bilangan maksimum (dan tempoh maksimum) yang anda boleh mengakses Perkhidmatan dalam sesuatu tempoh masa tertentu. Khususnya, tanpa menghadkan perkara yang disebutkan sebelum ini, dengan menggunakan Perkhidmatan, anda mengizinkan kami mengikuti amalan-amalan yang telah dinyatakan di http://info.yahoo.com/privacy/my/yahoo/ berhubung penggunaan Perkhidmatan oleh anda. Anda bersetuju bahawa Yahoo! tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung liabiliti ke atas penghapusan atau kegagalan untuk menyimpan mana-mana mesej-mesej dan komunikasi-komunikasi lain atau Kandungan lain yang disimpan atau dihantarkan atau disediakan melalui Perkhidmatan. Anda mengakui bahawa Yahoo! berhak membatalkan akaun yang tidak aktif selama tempoh yang panjang. Anda selanjutnya mengakui bahawa Yahoo! berhak mengubahsuaikan amalan am dan had ini dari masa ke semasa, mengikut budi bicara mutlak kami, dengan atau tanpa notis pemberitahuan, dan anda bersetuju bahawa penggunaan Perkhidmatan tersebut secara berterusan oleh anda selepas pengubahsuaian demikian, merupakan penerimaan dan persetujuan anda untuk diikat oleh amalan am dan had yang telah diubahsuaikan itu.
14. PENGUBAHSUAIAN PERKHIDMATAN
Yahoo! berhak pada bila-bila masa dan dari masa ke semasa untuk mengubahsuaikan atau menamatkan Perkhidmatan tersebut (atau mana-mana bahagian daripadanya), buat sementara waktu atau selama-lamanya, dengan atau tanpa notis pemberitahuan. Anda bersetuju bahawa Yahoo! tidak menanggung liabiliti kepada anda atau kepada mana-mana pihak ketiga bagi apa-apa pengubahsuaian, penggantungan atau penamatan Perkhidmatan.
15. PENAMATAN
Anda bersetuju bahawa Yahoo! mungkin, di bawah keadaan-keadaan tertentu dan tanpa notis terlebih dahulu, menamatkan dengan serta-merta akaun Yahoo! anda, apa-apa alamat e-mel berkaitan, dan akses kepada Perkhidmatan. Punca penamatan sebegitu termasuk tetapi tidak terhad kepada, (a) pelanggaran-pelanggaran atau pencabulan-pencabulan atau yang bermaksud untuk melanggar atau untuk mencabul TOS atau perjanjian-perjanjian atau garis panduan-garis panduan lain yang digabungkan, (b) permintaan-permintaan daripada penguatkuasaan undang-undang atau agensi-agensi kerajaan lain, (c) satu permintaan daripada anda (penghapusan akaun adalah secara sendiri), (d) pemberhentian atau pengubahsuaian penting kepada Perkhidmatan (atau mana-mana bahagian daripadanya), (e) masalah teknikal, atau isu-isu keselamatan atau masalah-masalah yang luar jangkaan, (f) kurang penggunaan untuk jangka waktu yang berpanjangan, (g) penglibatan anda dalam aktiviti-aktiviti palsu atau salah di sisi undang-undang, dan/atau (h) tidak membayar apa-apa yuran yang anda hutang berhubung Perkhidmatan tersebut. Penamatan akaun Yahoo! anda termasuk (a) penamatan akses kepada semua tawaran-tawaran dalam Perkhidmatan termasuk tetapi tidak terhad kepada Mel Yahoo! , Yahoo! Groups, Messenger, Chat, Domains, Personals, Auctions, Message Boards, Greetings, Alerts dan Games, (b) pemadaman kata laluan anda dan semua maklumat yang berkaitan, fail-fail dan kandungan yang berkaitan dengan atau di dalam akaun anda (atau mana-mana bahagian daripadanya), dan (c) menghalang penggunaan selanjutnya akan Perkhidmatan itu. Selanjutnya, anda bersetuju bahawa semua penamatan bersebab yang dibuat adalah dalam budi bicara mutlak Yahoo! dan Yahoo! tidak akan menanggung liabiliti kepada anda atau mana-mana pihak ketiga bagi apa-apa penamatan akaun anda, mana-mana alamat e-mel yang berkaitan atau akses anda kepada Perkhidmatan tersebut.
16. URUSAN DENGAN PARA PENGIKLAN
Perkhidmatan tersebut juga mungkin merangkumi akses kepada produk dan perkhidmatan pihak ketiga yang bebas sama ada secara terus atau melalui pautan ke laman web yang dikendalikan oleh para pengiklan pihak ketiga tersebut. Surat-menyurat atau urusan-urusan perniagaan anda dengan, atau penyertaan anda dalam promosi para pengiklan, yang ditemui atau didapati melalui Perkhidmatan tersebut, termasuk bayaran dan penghantaran barangan atau perkhidmatan yang berkaitan, dan apa-apa terma, syarat, waranti atau perwakilan lain yang berkaitan dengan urusan demikian, merupakan urusan antara anda dengan para pengiklan itu sahaja, walaupun jika ia berkaitan dengan mana-mana produk atau perkhidmatan yang berkongsi jenama dengan kami yang mungkin merangkumi tanda dagang kami. Anda bersetuju bahawa Yahoo! tidak bertanggungjawab atau menanggung liabiliti ke atas apa-apa kerugian atau kerosakan dalam apa jua bentuk, yang berlaku akibat urusan sedemikian atau, akibat kehadiran para pengiklan tersebut dalam Perkhidmatan.
17. PAUTAN
Perkhidmatan tersebut mungkin memberikan, atau pihak ketiga mungkin memberikan, pautan ke laman-laman atau sumber-sumber Jaringan Sedunia. Oleh kerana Yahoo! tiada kawalan terhadap laman-laman dan sumber-sumber sedemikian, anda mengakui dan bersetuju bahawa Yahoo! tidak bertanggungjawab ke atas kewujudan laman-laman atau sumber-sumber luaran tersebut, dan Yahoo! tidak menyokong dan tidak bertanggungjawab atau menanggung liabiliti ke atas mana-mana Kandungan, iklan, produk, atau bahan lain yang berada di situ atau yang boleh didapati daripada laman-laman atau sumber-sumber tersebut. Anda selanjutnya mengakui dan bersetuju bahawa Yahoo! tidak bertanggungjawab atau menanggung liabiliti secara langsung atau tidak langsung ke atas apa-apa kerosakan atau kerugian yang disebabkan atau yang didakwa telah disebabkan oleh atau berhubungan dengan penggunaan atau pergantungan kepada mana-mana Kandungan, barangan atau perkhidmatan sedemikian yang boleh didapati di situ atau melalui mana-mana laman atau sumber demikian.
18. HAK PROPRIETARI YAHOO!
Anda mengakui dan bersetuju bahawa Perkhidmatan tersebut dan apa-apa perisian yang diperlukan, yang digunakan berhubung Perkhidmatan tersebut ("Perisian") mengandungi maklumat proprietari dan sulit yang dilindungi oleh harta intelek dan undang-undang lain yang berkaitan. Anda selanjutnya mengakui dan bersetuju bahawa Kandungan yang terdapat di dalam iklan-iklan penaja atau maklumat yang diberikan kepada anda melalui Perkhidmatan atau oleh para pengiklan adalah dilindungi oleh hak cipta, tanda dagang, tanda perkhidmatan, paten atau hak dan undang-undang proprietari yang lain. Kecuali sepertimana yang telah dibenarkan dengan jelas oleh Yahoo! atau para pengiklan, anda bersetuju tidak akan mengubahsuaikan, menyewa, memajak, meminjamkan, menjual, mengedarkan atau mencipta seluruh atau sebahagian kerja terbitan berasaskan Perkhidmatan atau Perisian, secara keseluruhannya atau sebahagian..
Yahoo! memberi anda hak dan lesen peribadi yang tidak eksklusif dan tidak boleh dipindah milik untuk menggunakan kod objek Perisiannya di hanya satu komputer; dengan syarat anda tidak (dan tidak membenarkan mana-mana pihak ketiga) menyalin, mengubahsuaikan, mencipta kerja terbitan daripada, menjurutera undur, memasang undur atau mencuba dengan apapun cara lain untuk mendapatkan apa-apa kod sumber, menjual, menyerahkan, mengeluarkan lesen kecil, memberikan kepentingan sekuriti atau memindahkan mana-mana hak dengan cara lain di dalam Perisian. Anda bersetuju tidak akan mengubahsuaikan Perisian dengan apa-apa cara atau bentuk, mahupun menggunakan versi Perisian yang telah diubahsuaikan, termasuk (tanpa had) untuk tujuan mendapatkan akses tanpa kebenaran kepada Perkhidmatan. Anda bersetuju bahawa tidak akan mengakses Perkhidmatan dengan apa jua cara selain melalui antara muka yang Yahoo! sediakan untuk kegunaan mengakses Perkhidmatan tersebut.
19. PENOLAK TUNTUTAN WARANTI -WARANTI
ANDA DENGAN JELAS FAHAM DAN BERSETUJU BAHAWA:
(a) ANDA MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN TERSEBUT ATAS RISIKO ANDA SENDIRI. PERKHIDMATAN TERSEBUT DISEDIAKAN ATAS DASAR "SEBAGAIMANA ADANYA" DAN "SEBAGAIMANA TERDAPAT". YAHOO! DAN SYARIKAT-SYARIKAT INDUKNYA, PEGANGANNYA, SUBSIDIARINYA DAN SYARIKAT-SYARIKAT BERKAITANNYA, SEKUTU-SEKUTU, PEGAWAI-PEGAWAI, PARA PEKERJA, PARA EJEN, PARA RAKAN KONGSI, PARA PEMBERI LESEN, PARA PEMBEKAL DAN PARA PENJUAL DENGAN INI MENOLAK KESEMUA WARANTI DALAM APA JUA BENTUK, SAMA ADA YANG TERSURAT ATAUPUN YANG TERSIRAT, TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD PADA WARANTI TERSIRAT KEBOLEHDAGANGANNYA, KESESUAIANNYA UNTUK TUJUAN TERTENTU DAN KETIDAKLANGGARANNYA (SELAIN WARANTI PENGECUALIAN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG).
(b) YAHOO! DAN SYARIKAT-SYARIKAT INDUKNYA, PEGANGANNYA, SUBSIDIARINYA DAN SYARIKAT-SYARIKAT BERKAITANNYA, SEKUTU-SEKUTU, PEGAWAI-PEGAWAI, PARA PEKERJA, PARA EJEN, PARA RAKAN KONGSI, PARA PEMBERI LESEN, PARA PEMBEKAL DAN PARA PENJUAL TIDAK MEMBERIKAN JAMINAN BAHAWA (i) PERKHIDMATAN TERSEBUT AKAN MEMENUHI KEPERLUAN ANDA; (ii) PERKHIDMATAN TERSEBUT TIDAK AKAN TERGANGGU, AKAN MENEPATI MASA, SELAMAT, ATAU BEBAS DARIPADA RALAT; (iii) PERKHIDMATAN TERSEBUT BOLEH DIAKSES PADA BILA-BILA MASA ATAU PADA SETIAP MASA MELALUI SALURAN YANG DIPILIH ATAU YANG DIGUNAKAN OLEH ANDA, (iv) MAKLUMAT, KANDUNGAN ATAU IKLAN YANG TERDAPAT DI SINI, YANG DIEDARKAN MELALUI PERKHIDMATAN TERSEBUT ATAU YANG DIPAUTKAN, DIMUAT TURUN ATAU DIAKSES DARIPADA ATAU MELALUI PERKHIDMATAN TERSEBUT (�BAHAN-BAHAN�),, ATAU HASIL YANG MUNGKIN DIPEROLEHI KERANA MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN, ADALAH TEPAT ATAU BOLEH DIPERCAYAI, (v) MUTU MANA-MANA PRODUK, PERKHIDMATAN, MAKLUMAT, ATAU BAHAN LAIN DIBELI ATAU DIPEROLEHI OLEH ANDA MELALUI PERKHIDMATAN TERSEBUT ("PRODUK-PRODUK") AKAN MEMENUHI HARAPAN DAN JANGKAAN ANDA; DAN (vi) APA-APA RALAT PERISIAN AKAN DIBETULKAN.
(c) APA-APA PERGANTUNGAN KEPADA ATAU PENGGUNAAN MANA-MANA BAHAN-BAHAN DILAKUKAN MENGIKUT BUDI BICARA ANDA SENDIRI DAN ATAS RISIKO ANDA SENDIRI. KAMI BERHAK, MENGIKUT BUDI BICARA MUTLAK KAMI DAN TANPA APA-APA KEWAJIPAN, UNTUK MEMPERBAIKI ATAU MEMBETULKAN APA-APA KESILAPAN ATAU KETINGGALAN DALAM MANA-MANA BAHAGIAN PERKHIDMATAN ATAU BAHAN-BAHAN. BAHAN-BAHAN YANG DIBEKALKAN ATAU DISEDIAKAN OLEH KAMI ATAS DASAR "SEBAGAIMANA ADANYA", DAN KAMI DENGAN NYATA MENOLAK TUNTUTAN TERHADAP APA-APA DAN SEMUA WARANTI, YANG TERSURAT ATAU TERSIRAT, TERMASUK TANPA HAD WARANTI KEBOLEHDAGANGAN DAN KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU, BERHUBUNG MANA-MANA BAHAN-BAHAN ATAU PRODUK-PRODUK.
(d) APA-APA BAHAN YANG DIMUAT TURUN ATAU DIPEROLEH DENGAN CARA LAIN MELALUI PENGGUNAAN PERKHIDMATAN TERSEBUT ADALAH DIAKSESKAN MENGIKUT BUDI BICARA ANDA SENDIRI DAN ATAS RISIKO ANDA SENDIRI, DAN ANDA AKAN BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA KE ATAS APA-APA KEROSAKAN SISTEM KOMPUTER ATAU PERALATAN ANDA ATAU KEHILANGAN DATA AKIBAT MEMUAT TURUN MANA-MANA BAHAN TERSEBUT.
(e) NASIHAT ATAU MAKLUMAT, SAMA ADA SECARA LISAN ATAU BERTULIS, YANG ANDA PEROLEHI DARIPADA YAHOO! ATAU PEMBERILESEN, PEMBEKAL, PENJUAL, SYARIKAT INDUK, SYARIKAT PEGANGAN, SYARIKAT SUBSIDIARI ATAU SYARIKAT BERKAITAN, SEKUTU, PEGAWAI, EJEN ATAU PEKERJA KAMI, ATAU MELALUI ATAU DARIPADA PERKHIDMATAN TERSEBUT TIDAK MEWUJUDKAN APA-APA WARANTI YANG TIDAK DINYATAKAN DENGAN JELAS DI DALAM TOS (KECUALI APA-APA GAMBARAN PALSU YANG DIBUAT OLEH KAMI ATAU PEMBERI LESEN, PEMBEKAL, PENJUAL, SYARIKAT INDUK, SYARIKAT PEGANGAN, SYARIKAT SUBSIDIARI ATAU SYARIKAT BERKAITAN, SEKUTU, PEGAWAI, EJEN ATAU PEKERJA KAMI, MENGIKUT KEADAANNYA).
(f) SATU PERATUSAN KECIL PARA PENGGUNA MUNGKIN MENGALAMI SAWAN BABI APABILA DIDEDAHKAN KEPADA CORAK-CORAK CAHAYA TERTENTU ATAU LATARBELAKANG ATAS SKRIN KOMPUTER ATAU SEMASA MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN TERSEBUT. KEADAAN TERTENTU MUNGKIN MENGAKIBATKAN SIMPTOM SAWAN BABI YANG TIDAK DAPAT DIKESAN SEBELUM INI, WALAUPUN PADA PARA PENGGUNA YANG TIDAK MEMPUNYAI SEJARAH SAWAN BABI ATAU SAWAN. SEKIRANYA ANDA, ATAU SESIAPA SAHAJA DALAM KELUARGA ANDA MEMPUNYAI TANDA-TANDA SAWAN BABI, MINTA NASIHAT DOKTOR ANDA SEBELUM MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN TERSEBUT. SERTA MERTA HENTIKAN PENGGUNAAN PERKHIDMATAN DAN MINTA NASIHAT DOKTOR ANDA JIKA ANDA MENGALAMI APA-APA SIMPTOM-SIMPTOM BERIKUT APABILA MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN TERSEBUT: PENING-PENING, PERUBAHAN PENGLIHATAN, MATA ATAU OTOT BERGERAK-GERAK, HILANG KESEDARAN, DISORIENTASI, APA-APA PERGERAKAN YANG TIDAK DISENGAJAKAN ATAU KEJANG-KEJANG.
20. HAD LIABILITI
ANDA DENGAN NYATA FAHAM DAN BERSETUJU BAHAWA YAHOO! DAN SYARIKAT-SYARIKAT INDUKNYA, PEGANGANNYA, SUBSIDIARINYA DAN SYARIKAT-SYARIKAT BERKAITANNYA, SEKUTU-SEKUTU, PEGAWAI-PEGAWAI, PARA PEKERJA, PARA EJEN, PARA RAKAN KONGSI DAN PARA PEMBERI LESENNYA TIDAK MENANGGUNG LIABILITI KEPADA ANDA ATAS APA-APA GANTI RUGI LANGSUNG, TIDAK LANGSUNG, SAMPINGAN, KHAS, TURUTAN, ATAU TELADAN, TERMASUK, TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA GANTI RUGI ATAU KEHILANGAN KEUNTUNGAN, MUHIBAH, PENGGUNAAN, DATA ATAU KERUGIAN LAIN YANG TIDAK WUJUD DALAM BENTUK YANG NYATA (WALAUPUN SEKIRANYA YAHOO! ATAU PARA PEMBERI LESENNYA, PEMBEKALNYA, PENJUALNYA, SYARIKAT INDUKNYA, SYARIKAT PEGANGANNYA, SYARIKAT SUBSIDIARINYA ATAU SYARIKAT BERKAITANNYA, SEKUTUNYA, PEGAWAINYA, EJENNYA ATAU PEKERJANYA, MENGIKUT KEADAAN, TELAH DIBERITAHU TENTANG KEMUNGKINAN BERLAKUNYA GANTI RUGI TERSEBUT), YANG DIAKIBATKAN OLEH: (i) PERKHIDMATAN, BAHAN-BAHAN DAN PRODUK-PRODUK; (ii) PENGGUNAAN ATAU KETIDAKMAMPUAN UNTUK MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN; (iii) KOS PEMEROLEHAN BARANGAN DAN PERKHIDMATAN GANTIAN AKIBAT APA-APA BARANGAN, DATA, MAKLUMAT ATAU PERKHIDMATAN YANG DIBELI ATAU DIPEROLEH ATAU MESEJ YANG DITERIMA ATAU URUS NIAGA YANG DISERTAI MELALUI ATAU DARIPADA PERKHIDMATAN; (iv) AKSES ATAU PINDAAN PENGHANTARAN ATAU DATA ANDA TANPA KEBENARAN; (v) KENYATAAN ATAU TINGKAH LAKU MANA-MANA PIHAK KETIGA DALAM PERKHIDMATAN; (vi) APA-APA BARANGAN ATAU PERKHIDMATAN YANG DILUPUSKAN ATAU MESEJ YANG DIHANTARKAN ATAU DITERIMA MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN; ATAU (vii) APA-APA PERKARA LAIN YANG BERKAITAN DENGAN PERKHIDMATAN, BAHAN-BAHAN ATAU PRODUK-PRODUK. TIADA APA-APA DI DALAM TOS INI MENGHADKAN LIABILITI KAMI ATAU PEMBERI LESEN, PEMBEKAL, PENJUAL, SYARIKAT INDUK, SYARIKAT PEGANGAN, SYARIKAT SUBSIDIARI ATAU SYARIKAT BERKAITAN, SEKUTU, PEGAWAI, EJEN ATAU PEKERJA KAMI, MENGIKUT KEADAAN, KE ATAS KEMATIAN ATAU KECEDERAAN DIRI AKIBAT KECUAIAN KAMI ATAU KECUAIAN MEREKA.
21. PENGECUALIAN-PENGECUALIAN DAN HAD-HAD
ANDA MENGAKUI BAHAWA PENOLAK TUNTUTAN DAN PENGECUALIAN LIABILITI YANG DINYATAKAN DI BAWAH SEKSYEN 19 DAN SEKSYEN 20 MENJELASKAN PERUNTUKAN RISIKO DAN MANFAAT PERJANJIAN INI DI ANTARA ANDA DENGAN KAMI SECARA ADIL DAN BERPATUTAN, YANG MENGAMBIL KIRA SEMUA FAKTOR YANG BERKAITAN, TERMASUK TANPA HAD, NILAI PERTIMBANGAN YANG DIBERIKAN OLEH ANDA KEPADA KAMI, DAN KEWUJUDAN DAN KOS INSURANS BERHUBUNG RISIKO-RISIKO YANG DISEBUTKAN. ANDA SELANJUTNYA BERSETUJU BAHAWA PENOLAKAN DAN HAD INI AKAN DIKUATKUASAKAN SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG YANG BERKENAAN.
22. PERINGATAN KHAS BAGI PERKHIDMATAN YANG BERKAITAN DENGAN HAL KEWANGAN
Jika anda berniat untuk mencipta atau menyertai apa-apa perkhidmatan, menerima atau meminta apa-apa berita, mesej, peringatan atau maklumat lain daripada Perkhidmatan yang berkenaan dengan syarikat, sebut harga saham, pelaburan atau sekuriti, sila baca Seksyen-seksyen 19 dan 20 di atas sekali lagi. Kedua-duanya adalah terpakai untuk anda. Tambahan pula, bagi maklumat seperti ini khususnya, ungkapan �Pelabur berjaga-jaga� adalah amat sesuai. Perkhidmatan tersebut disediakan untuk tujuan memberikan maklumat sahaja, dan tiada Kandungan di dalam Perkhidmatan tersebut dimaksudkan untuk tujuan perdagangan atau pelaburan mahupun bertujuan memberi nasihat khusus kepada anda. Anda bersetuju bahawa anda bertanggungjawab sepenuhnya ke atas semua keputusan perdagangan atau pelaburan yang anda buat. Yahoo! dan para pemberi lesennya tidak bertanggungjawab atau menanggung liabiliti ke atas ketepatan, kegunaan atau kewujudan apa-apa maklumat yang dihantarkan atau disediakan melalui Perkhidmatan, dan tidak bertanggungjawab atau menanggung liabiliti ke atas apa-apa keputusan perdagangan atau pelaburan berasaskan maklumat tersebut.
23. BENEFISIARI-BENEFISIARI PIHAK KETIGA
Anda bersetuju bahawa, melainkan apa yang dinyatakan dengan jelas dalam TOS ini, tidak akan ada benefisiari-benefisiari pihak ketiga bagi perjanjian ini. Anda mengakui bahawa para pemberi lesen kami, para pembekal kami, para penjual kami, syarikat-syarikat induk kami, syarikat pegangan kami, subsidiari kami dan syarikat-syarikat berkaitan kami, semua sekutu-sekutu kami, dan para pegawai, para ejen dan para pekerja kami, adalah, di mana terpakai, dimaksudkan untuk menjadi benefisiari-benefisiari pihak ketiga bagi Seksyen-seksyen 6, 11, 19, 20 dan 21. Anda juga mengakui bahawa pekongsi-pekongsi jenama kami dan rakan-rakan kongsi lain adalah dimaksudkan untuk menjadi benefisiari-benefisiari pihak ketiga bagi Seksyen 11. Anda bersetuju bahawa para pemberi lesen kami, para pembekal kami, para penjual kami, syarikat-syarikat induk kami, syarikat pegangan kami, subsidiari kami dan syarikat berkaitan, semua sekutu-sekutu, pegawai-pegawai, ejen-ejen dan para pekerja kami, dan para pekongsi jenama kami dan rakan-rakan kongsi lain boleh setiap satunya menguatkuasakan, secara berasingan dan dalam haknya sendiri, peruntukan-peruntukan Seksyen-seksyen 6, 11, 19, 20 dan 21 yang terpakai, dan Akta Kontrak Singapura (Hak-hak Pihak-pihak Ketiga) (Cap.53B) adalah dipakai kepada TOS setakat dan dengan cara yang ditetapkan atau yang dijangkakan dalam hal yang telah disebutkan sebelum ini, tetapi tidak selebihnya dan tidak dengan cara yang lain.
24. PEMBERITAHUAN
Yahoo! mungkin memberikan anda notis-notis pemberitahuan, termasuk berkenaan perubahan-perubahan kepada TOS melalui e-mel, mel biasa atau siaran-siaran dalam Perkhidmatan. Anda bersetuju bahawa pemberitahuan sedemikian melalui e-mel atau mel biasa, dan paparan notis pemberitahuan atau pautan sedemikian kepada anda secara umum dalam Perkhidmatan, merupakan notis pemberitahuan yang mencukupi dan memadai kepada anda tentang perkara yang terkandung di dalamnya.
25. MAKLUMAT CAP DAGANG
YAHOO!, logo Yahoo!, YAHOO! (dalam huruf Cina), YAHOOLIGANS!, logo Yahooligans! YAHOO! KIDS, logo Yahoo! Kids, logo Jumpin' Y Guy, DO YOU YAHOO!?, Y!, logo Y!, MY YAHOO!, Y! dan logo Star, YAHOO! YODEL, YAHOO! EVERYWHERE, YAHOO! GROUPS, YAHOO! MAIL OUTPOST, YAHOO! VISION, logo Eyeballs, 12 DAYS OF GIVING, 1800MYYAHOO, ACCENTRIC, BETTER JOBS FOR A BETTER LIFE, BINGO, BROADCAST.COM, CAMP YAHOO!, CORPORATE YAHOO!, CYBERSET, EGROUPS, FANTASY CAREERS, FOR ALL THAT SURFING YOU NEED THE RIGHT BOARD, FORTIFIED WITH YAHOO!, FUTUREBUILDER, GAMEPROWLER, logo GameProwler, GEOCITIES, logo GeoCities, GEOCITIES (dalam huruf Cina), GET LOCAL, Hexagon Design, HOPE FOR THE HOLIDAYS, HOTJOBS, HOW DO YOU MOVE YOUR MONEY?, HUMAN COUPON, IMVIRONMENTS, INKTOMI, INTERNET AT THE SPEED OF YOU, INVOLVEMENT BRANDING, IPO ROW, JT'S BLOCKS, LIVING ROOM ACTIVE, MATCHCAST, NAVAL COMMAND, PERMISSION MARKETING, PERSONAL EDGE, PERSONAL NOTES HOSTED BY DAVE KOZ, RESLEX, RESUMIX, ROCKETMAIL, SAFETY SHIELD, SCALING THE INTERNET, SHOPFIND, SOFTSHOE, SPORTSTREAM dan Design, Star Design, STATTRACKER, THE BIG PICTURE, THE EXPERIENCED PROFESSIONAL'S JOB BOARD, THE ORIGINAL TEXAS YA-HOO CAKE CO. dan Design, THE WEB'S HOTTEST JOBS, TOKI TOKI BOOM, TRAFFIC CONTROLLER, TRAFFIC SERVER, TURN IT ON, VALUELAB, VIVASMART, WEB CORPS, logo Web Corps, WORD RACER, WORDAHOLIC, WORKWORLD, WWW.HOTJOBS.COM, YEF, dan YOUR HOME ON THE WEB tanda-tanda dagang dan tanda-tanda perkhidmatan dan logo-logo dan produk dan nama-nama perkhidmatan Yahoo! yang lain adalah cap dagang Yahoo! dan para pemberi lesen, para pembekal, para penjual, syarikat induk atau syarikat pegangan kami, sebagaimana yang sesuai ("Tanda Yahoo!"). Tanpa mendapat kebenaran terdahulu daripada pemberi lesen, pembekal, penjual, syarikat induk atau syarikat pegangan kami atau kami sendiri, sebagaimana yang sesuai mengikut keadaan anda bersetuju tidak memaparkan atau menggunakan dalam apa-apa cara Tanda Yahoo!.
26. NOTIS DAN PROSEDUR UNTUK MEMBUAT TUNTUTAN-TUNTUTAN KE ATAS HAKCIPTA ATAU PELANGGARAN HARTA INTELEK
Yahoo! menghormati harta intelek orang lain, dan kami meminta agar para pengguna kami turut berbuat demikian. Sila rujuk Polisi Hak Harta Intelek kami (yang dengan ini disertakan dan digabungkan berdasarkan rujukan ke dalam TOS ini) untuk mendapatkan keterangan lanjut.
Jika anda percaya bahawa hak harta intelek anda (sebagai contoh hak cipta dan hak cap dagang) telah dilanggari, sila rujuk Polisi Hak Harta Intelek tersebut yang mengandungi arahan berkenaan cara memberitahu kami selaras dengan undang-undang yang berkaitan. Yahoo! mungkin, dalam keadaan berpatutan dan dalam budi bicaranya, melumpuhkan dan/atau menamatkan akaun-akaun pengguna-pengguna yang mungkin merupakan penceroboh-penceroboh berulang.
27. MAKLUMAT AM
Perjanjian Menyeluruh. TOS ini merupakan perjanjian menyeluruh antara anda dengan Yahoo! dan yang mengawal penggunaan Perkhidmatan oleh anda, menggantikan apa-apa persefahaman, kenyataan-kenyataan, perwakilan-perwakilan dan perjanjian-perjanjian antara anda dengan Yahoo! berhubung dengan Perkhidmatan tersebut. Untuk mengelakkan keraguan, kecuali setakat yang diperuntukkan di bawah Seksyen 23, anda dan kami sahaja merupakan pihak-pihak di dalam TOS. Anda juga mungkin tertakluk kepada syarat-syarat tambahan yang mungkin terpakai apabila anda menggunakan atau membeli perkhidmatan lain Yahoo! yang tertentu, perkhidmatan-perkhidmatan gabungan, Yahoo! kandungan pihak ketiga atau perisian pihak ketiga.
Pilihan Undang-undang dan Forum. TOS dan hubungan antara anda dengan Yahoo! dikawal oleh undang-undang Singapura tanpa mengambil kira percanggahannya dengan peruntukan undang-undang. Anda dan Yahoo! bersetuju untuk mematuhi bidang kuasa tidak eksklusif mahkamah Singapura.
Penepian dan Pengasingan Syarat-syarat. Kegagalan Yahoo! untuk melaksanakan atau menguatkuasakan mana-mana hak atau peruntukan TOS tidak merupakan penepian hak atau peruntukan tersebut. Jika mana-mana peruntukan TOS didapati tidak sah oleh mahkamah dengan bidang kuasa yang berwibawa, pihak-pihak yang terlibat bersetuju bahawa mahkamah haruslah berusaha untuk melaksanakan kehendak setiap pihak seperti yang dicerminkan dalam peruntukan, dan untuk mentafsirkan peruntukan sedemikian, setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, sebagai mengesahkan dan menjadikan peruntukan itu sebagai boleh dikuatkuasakan, dan peruntukan TOS yang selainnya tetap berkuasa dan berkesan sepenuhnya.
Tiada Hak Keberterusan dan Tidak Boleh Dipindahmilik. Anda bersetuju bahawa akaun Yahoo! anda tidak boleh dipindahmilik dan apa-apa hak-hak ke atas ID Yahoo! anda atau kandungan-kandungan dalam akaun anda tamat atas kematian anda. Apabila sesalinan sijil kematian diterima, akaun anda mungkin ditamatkan dan semua kandungan-kandungan di dalamnya dipadamkan secara kekal.
Statut Pengehadan. Anda bersetuju bahawa walaupun mungkin terdapat apa-apa statut atau undang-undang yang bertentangan, apa-apa dakwaan atau sebab tindakan yang timbul daripada akibat atau yang berkaitan dengan penggunaan Perkhidmatan atau TOS, mestilah difailkan dalam masa satu (1) tahun selepas dakwaan atau sebab tindakan tersebut dibangkitkan, jika tidak ia akan disekat selama-lamanya.
Tajuk bahagian di dalam TOS disediakan untuk kemudahan sahaja dan tidak mempunyai kesan dari segi undang-undang mahupun kontrak.
Versi Bahasa Inggeris diutamakan. Jika TOS ini diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa lain dan terdapat ketidaksejajaran di antara kedua-dua versi bahasa tersebut, versi bahasa Inggeris, akan diberi keutamaan setakat mana ketidaksejajaran itu disebabkan oleh kesilapan terjemahan.
28. PELANGGARAN
Sila laporkan apa-apa pelanggaran TOS kepada kumpulan Layanan Pelanggan kami.
