Yahoo! Search
Buku Alamat Yahoo!
Yahoo! Info Center > Dasar Privasi Yahoo! > Buku Alamat Yahoo!

Maklumat lanjut tentang Privasi Yahoo!

Buku Alamat Yahoo!

Yahoo! Buku Alamat ialah pengurus kenalan dalam talian yang boleh anda gunakan untuk menyimpan semua maklumat kenalan anda tentang individu dan syarikat. Untuk menggunakan Buku Alamat Yahoo!, anda mestilah terdaftar sebagai pengguna Yahoo!.

Amalan Pengumpulan dan Penggunaan Maklumat

  • Selain maklumat pendaftaran, kami membenarkan anda memasukkan alamat dan maklumat kenalan ke dalam Buku Alamat Yahoo! yang disimpan bagi pihak anda.
  • Kami tidak menggunakan apa-apa maklumat yang tersimpan di dalam Buku Alamat Yahoo! anda untuk apa-apa tujuan pemasaran atau perdagangan.

Amalan Berhubung Kebebasan Anda untuk Mengemaskinikan atau Menghapuskan Maklumat

  • Anda boleh mengedit mana-mana maklumat kenalan yang tersimpan di dalam Buku Alamat Yahoo! anda pada bila-bila masa.
  • Anda mempunyai pilihan untuk menghapuskan setiap kenalan satu demi satu atau menghapuskan semua kenalan sekali gus.

Lain

Halaman ini memerihalkan amalan semasa kami berhubung perkhidmatan khusus ini. Maklumat ini mungkin berubah apabila kami menyemak semula perkhidmatan ini dengan menambah atau membuang ciri atau dengan menggunakan pembekal perkhidmatan yang lain. Untuk mengetahui cara kami mengendalikan maklumat peribadi anda, sila lawat Dasar Privasi kami.

Hap Cipta © 2009 Yahoo! Southeast Asia Pte Ltd (Co. Reg. No. 199700735D). Semua Hak Terpelihara.

Dasar Privasi - Syarat-syarat Perkhidmatan