Yahoo! Search
Cookie Pihak Ketiga di Yahoo!
Yahoo! Info Center > Dasar Privasi Yahoo! > Cookie Pihak Ketiga di Yahoo!

Maklumat lanjut tentang Privasi Yahoo!

Cookie Pihak Ketiga di Yahoo!

Rangkaian periklanan tertentu Yahoo! ("kami", mengikut keadaannya) menggunakan cookie di dalam rangkaian laman web kami seperti yang diperihalkan di bawah.

Rangkaian Periklanan

Kebanyakan iklan yang anda lihat di rangkaian tapak web Yahoo! disampaikan ke penyemak imbas anda oleh kami. Walau bagaimanapun, kami juga membenarkan syarikat lain, yang disebut rangkaian periklanan, untuk menyampaikan iklan ke halaman web kami. Rangkaian periklanan merangkumi penyampai iklan, agensi periklanan, vendor teknologi iklan dan firma penyelidikan pihak ketiga.

Kami juga mungkin menyertakan fail, yang disebut web beacon (berup web), daripada rangkaian periklanan ini di halaman yang disampaikan oleh kami supaya rangkaian tersebut boleh menyediakan khidmat pengauditan, penyelidikan dan pelaporan kepada pengiklan.

Oleh sebab penyemak imbas web anda mesti meminta iklan dan berup web ini daripada pelayan rangkaian periklanan, syarikat-syarikat ini boleh melihat, mengedit atau menetapkan cookies.

Kami "menyasarkan" sesetengah iklan kepada pengguna yang mungkin memenuhi profil tertentu – contohnya, kalangan lelaki yang berminat dengan perkhidmatan kewangan. Kami tidak memberikan apa-apa maklumat peribadi kepada pengiklan apabila anda berinteraksi atau melihat iklan yang disasarkan. Walau bagaimanapun, apabila anda melihat atau berinteraksi dengan sesuatu iklan, ada kemungkinan pengiklan akan membuat anggapan bahawa anda memenuhi kriteria sasaran yang digunakan untuk memaparkan iklan tersebut.

Mengecualikan Diri daripada Cookie Pihak Ketiga

Jika anda mahukan supaya sesuatu rangkaian periklanan tidak menetapkan atau menggunakan cookie pada komputer anda, anda mesti melawat setiap tapak web rangkaian periklanan itu satu persatu untuk mengecualikan diri anda (jika mereka menawarkan kemudahan ini).

Pada masa ini, kami mempunyai hubungan dengan rangkaian periklanan yang berikut (klik untuk melawat tapak mereka):

Hap Cipta © 2009 Yahoo! Southeast Asia Pte Ltd (Co. Reg. No. 199700735D). Semua Hak Terpelihara.

Dasar Privasi - Syarat-syarat Perkhidmatan