Khidmat Iklan
Yahoo!
memaparkan iklan pada rangkaian laman web kepunyaan atau pengendalian kami,
seperti tapak di domain Yahoo.com dan tapak seperti Flickr.com dan lain-lain
(lihat halaman Syarikat Perolehan untuk senarai domain
lain di mana Yahoo! mungkin menyiarkan iklan) dan di laman web bukan Yahoo!.
Rangkaian Yahoo! termasuk Yahoo! Network Plus dan Yahoo! Search Marketing.
Yahoo! memberikan perkhidmatan paparan iklan, juga dikenali sebagai iklan
grafik, yang dilihat sebagai imej, animasi atau video. Yahoo! juga memberikan
perkhidmatan iklan teks yang dilihat sebagai rantaian teks. Right Media
Exchange Yahoo! dan dalam sesetengah pasaran, platform teknologi APT Yahoo!,
(“Pertukaran”) menyediakan cara untuk pengiklan, agensi, penerbit dan rangkaian
iklan dalam pengurusan perniagaan pengiklanan mereka.
Apabila
anda melawat salah satu laman web Yahoo! atau laman web bukan Yahoo! di mana
Yahoo! mungkin memberikan perkhidmatan iklan, iklan yang anda lihat mungkin
dicadangkan oleh Yahoo! berdasarkan pelbagai faktor seperti kandungan halaman
di mana ia dipaparkan, maklumat yang anda berikan seperti jantina, umur atau
lokasi anda, apa rakan atau kenalan anda cadangkan kepada anda atau berdasarkan
minat anda yang lain. Yahoo! boleh menggunakan maklumat yang anda berikan,
termasuk maklumat yang boleh mengenal pasti secara peribadi, bagi menyesuaikan
iklan apabila anda berada di salah satu laman web kami atau menggunakan
perkhidmatan kami. Yahoo! juga boleh menganalisis penggunaan anda untuk produk
dan perkhidmatan kami dan penglibatan anda dengan iklan yang kami paparkan
untuk anda. Anda boleh mengawal penggunaan maklumat ini oleh Yahoo!untuk
pemilihan iklan dan peningkatan keberkesanan Pertukaran dengan memilih keluar.
Untuk pengetahuan lebih lanjut tentang pilihan anda dan kawalan amalan ini, sila
klik di sini.
NOTA:
Rangkaian iklan Blue Lithium telah diintegrasikan ke dalam Yahoo! Network Plus
dan domain yang dahulunya digunakan oleh Blue Lithium (adrevolver.com) tidak
lagi berfungsi dalamperkhidmatan iklan bermula dari 1 Julai, 2010. Walaupun
iklan tidak lagi dilayan melalui domain ini, domain ini akan kekal aktif bagi
menghormati pilihan privasi yang dibuat pada platform Blue Lithium. Jika anda
ingin mengemaskini pilihan Yahoo! Network Plus anda, sila lawati Pilih Keluar kami.
Teknologi
yang Digunakan
- Yahoo!
menggunakan alat yang dipanggil kuki dan isyarat web dalam proses
perkhidmatan iklan. Klik setiap pautan untuk pengetahuan lebih lanjut.
Pemilihan
Iklan
- Iklan yang
dilayan oleh Yahoo! boleh disesuaikan bagi menggambarkan minat anda. Untuk
melaksanakannya, Yahoo! mengambilkira aktiviti menyemak imbas, termasuk
jenis kandungan yang diakses, iklan yang diklik dan carian yang
dijalankan. Yahoo! juga boleh menggunakan maklumat mengenai iklan yang
anda telah dilihat dan klik bagi mempertingkatkan keberkesanan Pertukaran
kami.
- Apabila anda ditunjukkan
iklan pada halaman hasil carian, maklumat tentang kelakuan menyemak imbas
anda dan pertanyaan carian anda boleh digunakan bagi memaparkan iklan yang
lebih relevan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai cara pertanyaan
carian anda boleh digunakan untuk memaparkan iklan yang lebih relevan,
lawati halaman privasi Yahoo! Search.
- Yahoo! boleh
memaparkan iklan berdasarkan kandungan yang relevan. Contohnya, jika anda
melihat artikel berita Yahoo! mengenai album yang dikeluarkan baru-baru
ini, Yahoo! seharusnya menunjukkan iklan untuk kedai muzik yang menjual
album tersebut. Dengan cara yang sama, iklan dalam Yahoo! Finance mungkin
berkaitan dengan perkhidmatan kewangan.
- Yahoo! juga seharusnya
menyesuaikan iklan berdasarkan lokasi. Untuk mendapatkan maklunat lanjut
mengenai cara Yahoo! menggunakan maklumat lokasi, sila lawati halaman
privasi Yahoo! Location kami.
- Yahoo! seharusnya
menggunakan maklumat yang anda berikan, seperti jantina, umur atau
kategori pekerjaan untuk menyesuaikan iklan apabila anda mendaftar masuk
atau jika anda telah menyimpan maklumat ini dengan perkhidmatan Yahoo!
Yahoo! boleh menggunakan maklumat ini, termasuk maklumat yang boleh
mengenalpasti secara peribadi, bagi menyesuaikan iklan apabila anda berada
di salah satu laman web kami atau menggunakan perkhidmatan kami.
- Yahoo! seharusnya
menyesuaikan iklan berdasarkan orang yang anda telah hubungi dan minat
yang telah mereka tunjukkan atau nyatakan.
- Yahoo! seharusnya
menunjukkan iklan yang dicadangkan oleh rakan atau kenalan.
- Yahoo! tidak
memberi sebarang maklumat yang boleh dikenalpasti secara peribadi kepada
pengiklan atau laman web apabila anda berinteraksi dengan atau memaparkan
iklan sasaran. Namun begitu, melalui interaksi dengan atau paparan iklan,
anda harus menyedari bahawa pengiklan mungkin membuat anggapan yang anda
memenuhi kriteria sasaran yang digunakan untuk memaparkan iklan.
Ketelusan, Pilihan
dan Pilih Keluar
- Yahoo! telus mengenai
cara kami melayan iklan. Yahoo! menawarkan pilihan berikut yang berkaitan
dengan pengiklanan berdasarkan minat anda.
- Sila lawati Halaman Pilih
Keluar
kami untuk mengetahui lebih lanjut mengenai maklumat yang digunakan untuk
menyesuaikan pengalaman pengiklanan anda dan pilihan anda berkenaan dengan
cara kami menggunakan maklumat tentang aktiviti ini untuk mempengaruhi
iklan yang kami tunjukkan kepada anda. Jika anda memilih keluar, anda
akan terus melihat iklan yang dilayan oleh Yahoo! pada laman web ini,
tetapi ia tidak akan disesuaikan dengan minat anda.
- Anda juga boleh
memilih keluar daripada membenarkan pengiklan, agensi, rangkaian atau
penerbit yang lain dari menggunakan
Right Media Exchange untuk memilih iklan. Lawati Dasar Privasi Right
Media Exchange pengetahuan lebih lanjut mengenai cara Right Media
Exchange beroperasi dan pilihan privasi yang ia sediakan.
- Anda boleh
melihat, dan dalam banyak kes, memilih keluar daripada menerima iklan
sasaran dari syarikat lain yang memberikan perkhidmatan iklan di Yahoo!
dengan melawat halaman Pihak Ketiga
kami di Yahoo!.
- Anda boleh mengedit maklumat akaun Yahoo! anda yang
mungkin digunakan untuk memilih iklan pada bila-bila masa.
- Perkhidmatan
Yahoo! Network Plus adalah ahli Network Advertising Initiative (NAI),
suatu usaha sama syarikat yang bertekad membina dasar pengiklanan yang
bertanggungjawab di seluruh Internet. Ketahui lebih lanjut mengenai
syarikat perkhidmatan iklan yang lain dan pilih keluar dari setiap
daripadanya di laman web NAI (dalam bahasa
Inggeris).