Yahoo! Search
Web Beacon
Yahoo! Info Center > Dasar Privasi Yahoo! > Web Beacon

Maklumat lanjut tentang Privasi Yahoo!

Web Beacon

Halaman Web mungkin mengandungi imej elektronik (yang dipanggil "GIF piksel-tunggal" atau "web beacon") yang membolehkan tapak web mengira bilangan pengguna yang telah mengunjungi halaman itu atau untuk mengakses cookie tertentu. Kami menggunakan web beacon dalam cara-cara berikut:

Dalam Rangkaian Yahoo!
  • Yahoo! menggunakan web beacon dalam rangkaian tapak Web Yahoo! untuk mengira bilangan pengguna dan untuk mengenalpasti pengguna berdaftar dengan mengakses cookie Yahoo!.
  • Dengan mengakses cookie Yahoo!, kami dapat menyuaikan pengalaman anda semasa mengunjungi tapak web Yahoo! yang bukan terletak pada domain yahoo.com (seperti Yahoo! GeoCities yang mempunyai halaman pada asia.geocities.com.).
Di luar Rangkaian Yahoo!
  • Yahoo! menggunakan web beacon untuk menjalankan penyelidikan bagi pihak beberapa rakan sekutu pada halaman web mereka. Penyelidikan ini membantu mengukur dan memperbaik keberkesanan sesetengah pengiklanan. Maklumat yang dirakam melalui web beacon ini digunakan untuk melaporkan maklumat agregat tentang pengguna Yahoo! kepada rakan sekutu kami. Maklumat agregat ini mungkin termasuk maklumat demografik dan penggunaan. Tiada maklumat yang boleh mengecam identiti anda akan dikongsi dengan rakan sekutu dalam penyelidikan ini.
  • Amalan Yahoo! mewajibkan rakan sekutu kami mendedahkan kehadiran web beacon seperti ini pada halaman mereka dalam dasar privasi mereka serta memasukkan pautan kepada dasar privasi kami. Anda boleh memilih keluar untuk tidak terlibat dengan pengumpulan dan penggunaan maklumat ini untuk penyelidikan ini oleh Yahoo!. Sila klik sini untuk berbuat demikian. .

    Perhatian: Pemilihan keluar ini diguna pakai untuk penyemak imbas tertentu dan bukannya pengguna tertentu. Oleh itu, anda perlu memilih keluar secara berasingan daripada setiap komputer atau penyemak imbas yang anda gunakan.

Mel HTML
  • Amalan kami adalah untuk memasukkan web beacon dalam mesej e-mel terformat HTML (mesej yang mengandungi grafik) yang kami kirim untuk mengira bilangan mesej yang dibuka dan diambil tindakan

Secara umum, apa-apa imej elektronik yang dilihat sebagai halaman web, termasuklah sepanduk iklan, boleh bertindak sebagai web beacon. Rangkaian pengiklanan yang meletakkan iklan di Yahoo! mungkin menggunakan web beacon dalam iklan mereka.

Hap Cipta © 2009 Yahoo! Southeast Asia Pte Ltd (Co. Reg. No. 199700735D). Semua Hak Terpelihara.

Dasar Privasi - Syarat-syarat Perkhidmatan