Cookie ialah sejumlah kecil data, yang selalunya mengandungi pengenal pasti unik tanpa nama, yang dikirimkan ke penyemak imbas anda daripada komputer sesuatu tapak web dan disimpan dalam careka keras komputer anda.
Setiap tapak web boleh mengirimkan cookienya sendiri kepada penyemak imbas anda jika pilihan utama penyemak imbas anda membenarkannya, tetapi (untuk melindungi privasi anda) penyemak imbas anda hanya membenarkan sesuatu tapak web untuk mengakses cookie yang telah dikirimkan oleh tapak web tersebut kepada anda, bukannya cookie yang dikirimkan kepada anda oleh tapak lain.
Pilihan tentang Cookie
- Anda boleh mengkonfigurasikan penyemak imbas anda supaya menerima semua cookie, menolak semua cookie, atau memberitahu anda apabila sesuatu cookie ditetapkan. (Setiap penyemak imbas berbeza, jadi periksa menu "Bantuan" penyemak imbas anda untuk mengetahui cara mengubah pilihan utama cookie anda.)
- Jika anda menolak semua cookie, anda tidak akan dapat menggunakan produk atau perkhidmatan Yahoo! yang menghendaki anda "daftar masuk", dan anda mungkin tidak dapat menikmati semua tawaran. Walau bagaimanapun, banyak produk dan perkhidmatan Yahoo! tidak menghendaki anda menerima cookie.
Amalan Kami berhubung Cookie
Yahoo! ("kami", mengikut keadaannya) menggunakan cookie kami sendiri untuk beberapa tujuan, termasuk untuk:
- Mengakses maklumat anda apabila anda "mendaftar masuk", supaya kami dapat memberi anda kandungan tersuai, seperti Yahoo! Saya.
- Menjejaki pilihan utama yang anda tetapkan semasa anda menggunakan perkhidmatan kami.
- Memaparkan rentangan iklan yang paling sesuai, berasaskan minat dan aktiviti anda di Yahoo!.
- Membantu pedagang di Beli-belah Yahoo! untuk memproses barangan di dalam troli beli-belah anda.
- Menganggar dan melaporkan jumlah saiz dan lalu lintas khalayak.
- Menjalankan penyelidikan untuk memperbaik kandungan dan perkhidmatan kami.
- Menghendaki anda memasukkan semula kata laluan Yahoo! anda selepas berlalunya sesuatu jangka masa tertentu untuk melindungi anda daripada kejadian orang lain secara tidak sengaja mengakses kandungan akaun anda.
Cookie Syarikat Lain di Yahoo!
- Sila ambil perhatian bahawa kami membenarkan syarikat lain yang mempamerkan iklan pada beberapa halaman kami untuk menetapkan dan mengakses cookie mereka di dalam komputer anda.
- Penggunaan cookie oleh pengiklan tertakluk pada dasar privasi masing-masing, bukan Dasar Privasi Yahoo!.