Penyimpanan Data
Maklumat lanjut tentang Privasi Yahoo!
Penyimpanan Data
Maklumat Akaun
- Apabila anda mendaftar diri dengan Yahoo! ("kami", mengikut keadaannya) atau menyerahkan maklumat kepada kami,salinan sementara maklumat tersebut dibuat secara rutin mengelakkan kehilangan maklumat anda dengan tidak sengaja melalui pincang tugas komputer atau ralat manusia.
- Kami memastikan maklumat akaun anda sentiasa aktif di dalam pangkalan data pendaftaran pengguna kami supaya kami dapat memberikan akses segera ke pilihan utama suaian peribadi anda setiap kali anda melawat Yahoo!.
- Jika anda meminta kami supaya menghapuskan akaun Yahoo! anda, selalunya akaun anda akan dinyahaktifkan kemudian dihapuskan daripada pangkalan data pendaftaran pengguna kami dalam masa kira-kira 90 hari. Kelengahan ini perlu untuk menghalang pengguna yang melakukan aktiviti penipuan.
- Sila ambil perhatian bahawa apa-apa maklumat yang telah kami salin mungkin masih tersimpan di dalam storan sandaran untuk beberapa lama selepas permintaan penghapusan anda. Ini mungkin berlaku walaupun tiada lagi maklumat tentang akaun anda yang tinggal di dalam pangkalan data pengguna aktif kami.
Pelayan
- Komputer kami (disebut "pelayan") yang mengirimkan laman web anda dan rentangan iklan memproses dan menyimpan sangat banyak maklumat setiap hari. Rekod komputer ini disebut "fail log".
- Fail log digunakan untuk analisis, penyelidikan, pengauditan, dan tujuan lain, seperti yang diperihalkan di atas. Selepas maklumat ini digunakan, ia disimpan dan tidak boleh diakses. Sehingga maklumat ini disimpan, ID Yahoo! anda mungkin kekal di dalam fail log pelayan aktif kami.