Yahoo! Search
Mel Yahoo!
Yahoo! Info Center > Dasar Privasi Yahoo! > Mel Yahoo!

Maklumat lanjut tentang Privasi Yahoo!

Mel Yahoo!

Mel Yahoo! ialah perkhidmatan e-mel berasaskan web percuma yang ditawarkan oleh Yahoo! (“kami”, mengikut keadaannya). Untuk menggunakan Mel Yahoo!, anda mestilah terdaftar sebagai pengguna Yahoo!.

Amalan Pengumpulan dan Penggunaan Maklumat

  • Jika anda sudah mendaftar diri dengan Yahoo! sebelum ini, pada kali pertama anda mengakses Mel Yahoo!, anda akan ditanya nama diri dan nama keluarga yang ingin anda paparkan pada semua mesej mel keluar. Anda boleh memilih nama yang ingin anda tunjukkan pada akaun anda. Jika anda mendaftar diri dengan Yahoo! melalui Mel Yahoo!, maklumat ini akan dikumpulkan semasa proses pendaftaran.
  • Kami tidak menggunakan maklumat alamat atau kandungan mesej yang tersimpan di dalam akaun Mel Yahoo! anda untuk tujuan pemasaran.
Amalan Perkongsian dan Pendedahan Maklumat
  • Mel Yahoo! menyertakan alamat IP dengan kepala mesej mel keluar, seperti yang ditetapkan oleh protokol Internet piawai. Amalan Berhubung Kebebasan Anda untuk Mengemaskinikan atau Menghapuskan Maklumat
  • Anda boleh mengubahsuaikan tetapan dan pilihan utama dalam akaun Mel Yahoo! anda dengan mengakses Opsyen atau maklumat akaun Yahoo! anda.
  • Anda boleh membatalkan Langganan anda dan mengedit atau membuang Peringatan anda pada bila-bila masa. Lain
  • Apabila anda menggunakan Mel Yahoo!, anda tertakluk pada Syarat-syarat Perkhidmatan Yahoo! dan pada Garis Panduan Mel Yahoo!.
  • Sila lihat Bantuan Mel Yahoo! jika ada kemusykilan tentang perkhidmatan ini.

Halaman ini memerihalkan amalan Yahoo! semasa berhubung perkhidmatan khusus ini. Maklumat ini mungkin berubah apabila menyemak semula perkhidmatan ini dengan menambah atau membuang ciri atau dengan menggunakan pembekal perkhidmatan yang lain. Untuk mengetahui cara kami mengendalikan maklumat peribadi anda, sila lawat Dasar Privasi kami.

Hap Cipta © 2009 Yahoo! Southeast Asia Pte Ltd (Co. Reg. No. 199700735D). Semua Hak Terpelihara.

Dasar Privasi - Syarat-syarat Perkhidmatan