Langkaui untuk mencari.
Dasar Privasi Yahoo
Yahoo Privacy > Dasar Privasi Yahoo > News > Activityfaq

Maklumat lanjut tentang Privasi Yahoo

Yahoo! Soalan Lazim Pilih Keluar

Tidak ingin menerima pengiklanan berdasarkan minat anda? Ketahui lebih lanjut tentang cara anda memilih keluar dari pengiklanan yang dipadankan dengan minat yang disediakan oleh Yahoo.

Pengaturan Do Not Track di browser web tidak lagi diaktifkan di Yahoo.Pengguna menerima pengalaman pribadi secara default. Anda dapat mengelola personalisasi di sini.

Aktiviti Yahoo! Social Bar

Sila baca Soalan Lazim kami untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Aktiviti Yahoo! Social Bar atau sila lawati Bantuan Aktiviti Yahoo! Social Bar jika anda mempunyai lebih banyak soalan.

Soalan Lazim Privasi Yahoo! Social Bar

1. Bagaimana hendak mengetahui aktiviti Yahoo! yang mana saya “kongsi”?

Jika anda menggunakan Yahoo! Social Bar dan menghidupkan tetapan Sosial anda, anda akan secara automatik berkongsi pautan ke aktiviti Yahoo! anda (artikel yang anda baca, video yang anda tonton, dan banyak lagi). Aktiviti anda dikongsikan dari hak milik Yahoo! yang dikenal pasti oleh Yahoo! Social Bar, yang menunjukkan aktiviti rakan anda.

2. Siapa akan melihat aktiviti Yahoo! saya?

Aktiviti Yahoo! anda, termasuk artikel Yahoo yang anda baca, video yang anda tonton, dan banyak lagi dikongsikan kepada rakan anda di Facebook dan rakan Facebook anda di Yahoo!.

3. Bagaimana cara aktiviti Yahoo! saya dikongsikan?

Pautan ke artikel, video Yahoo! anda, dan banyak lagi akan muncul dalam suapan Facebook rakan anda dan dalam suapan Facebook anda. Rakan anda di Yahoo! juga akan dapat melihat aktiviti Yahoo! yang anda kongsikan.

4. Bagaimana saya mencari kawalan perkongsian?

Anda boleh temui kawalan Social Bar anda pada sebarang halaman Social Bar. Contohnya, jika anda turut serta dalam Social Bar, anda boleh pergi ke my.news.yahoo.com. Di sebelah kanan, anda dapat melihat gambar profil Facebook anda dan “Anda di Yahoo! News”. Kawalan “Sosial” membolehkan anda menetapkan Perkongsian Sosial kepada Hidup atau Mati, dan membolehkan anda mengaktifkan atau menyahaktifkan peringatan aktiviti anda, yang boleh mengingatkan anda setiap kali anda menambah ke aktiviti anda.

5. Bolehkah saya memilih aktiviti untuk dikongsikan?

Ya. Jika anda mahu membaca, menonton, atau melibatkan diri dalam aktiviti lain dalam halaman Social Bar, tetapi anda tidak mahu berkongsi aktiviti tersebut kepada rakan anda, anda boleh mematikan perkongsian sebelum melakukan aktiviti anda dengan memilih Matikan dari menu tarik turun “Sosial” di bawah “Anda di Yahoo!”. Ingat agar memilih Hidupkan pada menu tarik turun “Sosial” untuk menyambung kembali berkongsi aktiviti bacaan anda.

6. Bolehkah saya memadam aktiviti yang telah saya kongsikan?

Ya. Pada Yahoo! Social Bar, mengklik Aktiviti Anda akan menyenaraikan aktiviti terkini yang anda kongsikan dengan rakan. Anda boleh mengalih keluar sebarang entri dari senarai ini dengan mengklik butang X di sebelah kanan pautan. Ini mengalih keluar artikel atau video dari suapan Facebook dan Yahoo! anda, dan rakan anda tidak lagi akan dapat melihat bahawa anda telah melihatnya pada mana-mana rangkaian.

7. Bagaimana saya berhenti berkongsi aktiviti Yahoo! saya?

Anda boleh mematikan perkongsian automatik dengan memilih Matikan dari menu tarik turun “Sosial” di bawah “Anda di Yahoo!”. Anda boleh temui kawalan Social Bar ini pada sebarang halaman Social Bar, seperti my.news.yahoo.com. Apabila anda “Matikan” Sosial, aktiviti Yahoo! yang berikutnya tidak akan dikongsikan. Tetapi, selepas anda mematikan perkongsian, rakan anda masih dapat melihat aktiviti yang anda kongsikan dahulu dalam suapan berita Facebook dan Yahoo!. Untuk mengalih keluar artikel yang dikongsi dahulu daripada suapan ini, buka tarik turun “Aktiviti Anda” di bawah “Anda di Yahoo!” dan klik X di sebelah artikel. Untuk menukar tetapan Sosial anda sekarang, klik di sini.

8. Bolehkah saya memilih untuk berkongsi hanya beberapa jenis aktiviti (contohnya, berkongsi aktiviti bacaan artikel saya tanpa berkongsi aktiviti tontonan video saya)?

Anda boleh mematikan perkongsian pada bila-bila masa, dan mematikannya sebelum melakukan sesuatu aktiviti akan menghentikan aktiviti tersebut daripada dikongsikan. Hanya ingat untuk matikan tetapan perkongsian Sosial anda sebelum menonton video, sekiranya anda tidak mahu berkongsi video tersebut. Social Bar tidak menyokong hanya perkongsian beberapa jenis aktiviti yang terpilih.

Lawati Bantuan Aktiviti Yahoo! News jika anda mempunyai lebih banyak soalan.

Maklumat lanjut mengenai privasi dan Yahoo! News tersedia di sini.

Hap Cipta © 2014 Yahoo Asia Pacific Pte Ltd. (Co. Reg. No. 199700735D). Semua Hak Terpelihara.

Dasar Privasi - Syarat-syarat Perkhidmatan