Yahoo! Search
Dasar Privasi Yahoo!
Yahoo! Info Center > Dasar Privasi Yahoo! > Pulse

Maklumat lanjut tentang Privasi Yahoo!

Yahoo! Privacy Policy in Other Languages

Yahoo! Pulse

Dengan Yahoo! Pulse, anda boleh mencipta identiti anda sendiri di Yahoo! dan anda boleh berhubung dan menyertai orang lain, kandungan dan aplikasi yang penting bagi anda di Yahoo! dengan mudah. Anda juga boleh berkongsi kemas kini, foto, catatan blog dan banyak lagi dengan rakan sekerja, rakan sekelas, keluarga dan rakan-rakan. Yahoo! Pulse juga membolehkan anda berpaut ke laman rangkaian sosial pihak ketiga, supaya anda boleh mengetahui apa yang rakan-rakan anda lakukan, kesemuanya di satu tempat yang mudah.

Pengumpulan dan Penggunaan Maklumat

Profile
  • Laman Profile, yang dibuka dengan mengklik butang Profile pada laman Yahoo! Pulse, adalah laman unik anda. Di sinilah tempatnya untuk anda berkongsi maklumat mengenai diri anda dan menyemak apa yang anda telah diterbitkan kepada orang lain.
  • Apabila orang lain melawati laman unik anda di Yahoo! Pulse, mereka melihat profil anda dan, bergantung pada maklumat yang anda kongsi, penerbitan maklumat yang sama mengenai anda akan dikemukakan juga.
Maklumat
  • Laman Info, yang dibuka dengan mengklik butang Info pada laman Yahoo! Pulse, adalah tempat di mana anda menambah dan mengedit maklumat mengenai diri anda. Anda juga boleh mengawal bagaimana maklumat ini dikongsi dengan pelawat ke profil anda (lihat Dasar Perkongsian dan Pendedahan Maklumat).
  • Maklumat asas seperti nama penuh anda, nama paparan dan jantina anda diperlukan untuk perekaan profil di Yahoo! Pulse. Nama penuh anda dibina dari akaun Yahoo! anda. Jantina anda boleh ditetapkan kepada “Saya enggan beritahu” jika anda tidak inginmengemukakan maklumat jantina anda. Nama paparan anda adalah terbuka dan boleh dilihat oleh sesiapa.
    • Kami cadangkan anda menggunakan nama pertama anda dan huruf pertama dari nama akhir anda sebagai nama paparan anda. Walau bagaimanapun, anda boleh memilih untuk menggunakan nama pertama dan nama akhir anda sebagai nama paparan jika anda ingin membantu kenalan anda mendapatkan anda. Anda boleh menukar nama paparan anda pada bila-bila masa.
  • Maklumat asas lain dalam profil anda adalah tarikh lahir dan lokasi anda. Anda boleh memilih untuk menyembunyikan usia anda. Lokasi anda ditetapkan ke lokasi dalam akaun Yahoo! anda dan boleh ditukar. Jika anda ingin merahsiakan lokasi anda, anda boleh membiarkan medan ini kosong. Lokasi yang dipaparkan dalam Profil anda dan usia anda, jika tidak disembunyikan, adalah terbuka dan boleh dilihat oleh Setiap Orang.
Cadangan Hubungan
  • Yahoo! menggunakan sumber maklumat yang berbeza untuk menentukan cadangan hubungan berdasarkan siapa yang anda sering berkomunikasi. Maklumat ini mungkin merangkumi:
    • Yahoo! Messenger: kenalan dalam senarai rakan anda
    • Yahoo! Contacts: kenalan dalam buku alamat anda
    • Yahoo! Mail: maklumat pengepala e-mel yang mengenal pasti siapa yang anda sering hantar dan terima e-mel.
Yahoo! Updates
  • Apabila anda mengambil sesuatu tindakan seperti berhubung dengan rakan, memberi ulasan pada buku tamu, menambah maklumat pada profil anda, atau menukar foto anda. Maklumat mengenai tindakan tersebut dikongsi di Yahoo! Updates dan dimaklumkan kepadakenalan yang berhubung dengan anda dan orang lain. Anda boleh mengawal perkongsian Yahoo! Updates anda.

Perkongsian Maklumat dan Amalan Pendedahan

Info
  • Dalam bahagian Asas dari laman Info, nama paparan anda, foto paparan, jantina dan maklumat lokasi adalah terbuka dan boleh dilihat oleh Setiap Orang.
  • Jika anda ingin merahsiakan lokasi anda, anda boleh membiarkan medan ini kosong.
  • Nama penuh dan tarikh lahir anda dikongsi dengan “Orang Hubungan Sahaja” tetapi boleh disembunyikan daripada paparan dengan menetapkan medan kepada “Tiada Sesiapa”.
  • Usia anda dikongsi dengan Setiap Orang, tetapi anda boleh memilih untuk menyembunyikannya dengan memilih “Sembunyikan usia saya”.
  • Yahoo! komited membantu mencipta pengalaman dalam talian yang selamat dan mengendalikan maklumat mengenai kanak-kanak dan pengguna berusia 13-17 tahun secara berlainan.
  • Maklumat selebihnya pada profil anda boleh dikongsi hanya dengan Orang yang Berhubung dengan anda, Setiap Orang atau Tiada Sesiapa.
Aplikasi
  • Anda boleh mengizinkan akses untuk aplikasi yang dibina oleh pembangun pihak ketiga kepada maklumat dalam profil anda.
    • Apabila diizinkan, anda memberikan aplikasi dan pembangunnya akses kepada maklumat dalam profil anda.
    •  
    • Aplikasi yang dipasang oleh Orang yang Berhubung dengan anda akan mendapat akses pada maklumat mengenai anda yang telah diizinkan kepada Orang yang Berhubung untuk melihat.
      • Anda boleh menamatkan perkongsian maklumat di antara Orang yang Berhubung dengan aplikasi melalui menguruskan tetapan profil anda (juga lihat Menguruskan Tetapan Yahoo! Pulse Anda di bawah).
  • Maklumat lanjut mengenai aplikasi, pembangun dan kebenaran yang anda berikan boleh didapati di sini.
People Search
  • • Profil anda boleh dijumpai melalui pencarian nama pertama, nama akhir, nama paparan, alias, atau alamat e-mel.
    • o Anda boleh tamatkan People Search untuk mengelak pencarian tersebut.
    • o Apabila anda memilih untuk menyembunyikanalamat e-mel atau ID Yahoo! daripada pencarian melalui People Search, alamat e-mel akan terus dilampirkan ke Akaun Yahoo! anda. Perkhidmatan Yahoo! yang lain boleh mengenalpasti alamat e-mel itu dengan profil anda.
  • Jika profil anda boleh dicari melalui alamat e-mel, alamat e-mel anda akan bertindak sebagai URL untuk profil anda. Contohnya, jika anda membuat free2rhyme@yahoo.com sebagai alamat e-mel yang boleh dicari, orang lain yang mengetahui alamat e-mel anda boleh mengakses profil anda di: http://pulse.yahoo.com/free2rhyme@yahoo.com.
Yahoo! Updates
  • Bergantung pada tetapan Yahoo! Updates anda, tindakan tertentu yang anda lakukan pada profil anda di Yahoo! akan dikongsi sebagai Yahoo! Updates di mana Orang yang Berhubung dengan anda dan orang lain boleh lihat
    • Tindakan ini membabitkan anda berhubung dengan rakan, mengulas pada buku tamu, menambah maklumat ke profil anda, atau menukar foto anda.
    • Anda boleh menguruskan tetapan Yahoo! Updates anda dan mengawal kemaskini yang ingin dikongsi dengan orang lain.

Menguruskan Tetapan Yahoo! Pulse Anda
Anda boleh menguruskan tetapan anda di Yahoo! Pulse dengan menetapkan kebenaran mengenai jenis maklumat yang dikongsi dan siapa yang boleh lihat profil anda.

Profile
  • Anda boleh tetapkan kebenaran untuk siapa yang boleh mengakses profil anda dan penentuan jenis maklumat yang boleh ditatapi di profil anda.
  • Anda boleh menyembunyikan profil anda. Dengan menyembunyikan profil anda, orang lain tidak akan dapat mencari, menghubungi, atau menjemput anda untuk berhubung. Profil anda akan disembunyikan daripada orang lain.Hanya nama paparan dan mesej status anda yang boleh dikemukan.
Aplikasi Pihak Ketiga
  • Jika anda tidak mahu membenarkan Orang yang Berhubung dengan anda berkongsi maklumat anda dengan aplikasi dan pembangun pihak ketiga, anda boleh tukar tetapan anda.
  • Anda boleh menarik balik kebenaran yang anda berikan kepada aplikasi pada bila-bila masa. Untuk Yahoo! Application Platform, tamatkan aplikasi dengan memilih "Padam" dari menu Tetapan aplikasi. Bagi aplikasi pada laman web pihak ketiga dan aplikasi-aplikasi lain, lawati Yahoo! Account Info anda.
Yahoo! Updates
  • Anda boleh tetapkan kebenaran untuk berkongsi Yahoo! Updates anda. Tetapan baru anda untuk sesetengah kemaskini akan digunakan pada Yahoo! Updates pada masa hadapan. Tetapan baru anda tidak akan menjejaskan apa yang anda telah kongsi pada masa lepas. Anda boleh mengubahsuai tetapan untuk Yahoo! Updates yang lepas, tetapi anda boleh memadamkan Yahoo! Updates yang lepas yang telah disimpan pada rangkaian Yahoo!.
Akaun Berpaut
  • Anda boleh menguruskan laman web berpaut yang mana anda mempunyai kandungan sosial yang anda telah pilih untuk dipautkan dengan Yahoo!. Pautan dengan laman-laman ini membolehkananda melihat kandungan sosial anda terus dari Yahoo! dan boleh berkongsi Yahoo! anda pada laman yang berpaut.
Pemberitahuan
  • Pemberitahuan e-mel dihantar kepada anda apabila tindakan yang berkaitan dengan profil anda berlaku.
  • Anda boleh menamatkan pemberitahuan ini pada bila-bila masa. Menguruskan alamat e-mel yang menerima pemberitahuan anda.

Lain

Halaman ini menghuraikan amalan semasa Yahoo! berkaitan dengan perkhidmatan yang tertera di atas.Maklumat ini boleh berubah apabila Yahoo! menyemak perkhidmatan ini dengan menambah atau mengalih keluar ciri, atau menggunakan pembekal perkhidmatan yang lain. Cara Yahoo! mengendalikan maklumat peribadi anda boleh diketahui dengan melawati Dasar Privasi kami.
Hap Cipta © 2013 Yahoo! Asia Pacific Pte Ltd. (Co. Reg. No. 199700735D). Semua Hak Terpelihara.

Dasar Privasi - Syarat-syarat Perkhidmatan