Yahoo! Search
Penyelidikan
Yahoo! Info Center > Dasar Privasi Yahoo! > Penyelidikan

Maklumat lanjut tentang Privasi Yahoo!

Penyelidikan

Kebanyakan promosi yang dihoskan atau ditaja bersama oleh Yahoo (“kami”, mengikut keadaannya) tidak menghendaki anda menjadi pengguna Yahoo! berdaftar.

Amalan Pengumpulan dan Penggunaan Maklumat

  • Apabila anda memasuki promosi, loteri, atau peraduan yang kami hoskan atau yang ditaja oleh kami dan/atau rakan-rakan kongsi kami, kami akan meminta nama, alamat dan alamat e-mel anda.
  • Anda mungkin diminta untuk memberikan maklumat tambahan atau menjawab soalan tertentu, yang sesetengahnya mungkin tidak wajib, untuk turut serta.
Amalan Perkongsian dan Pendedahan Maklumat
  • Promosi yang dihoskan di Yahoo! mungkin ditaja oleh kami, mungkin ditaja bersama oleh kami dan syarikat lain, atau mungkin ditaja oleh syarikat selain kami. Sesetengah atau semua data yang dikumpulkan sepanjang promosi mungkin dikongsi dengan penaja atau syarikat yang dinyatakan dalam borang penyertaan.
  • Jika data akan dikongsi, notis akan diberikan sebelum waktu pengumpulan atau pemindahan data.
Amalan berhubung Cookie
  • Sesetengah promosi, loteri atau peraduan mungkin menggunakan cookie untuk menjejaki perkembangan dan jumlah penyertaan anda dalam sesetengah promosi, loteri, dan peraduan kami.
Lain
  • Apabila anda menyertai promosi yang ditaja atau dihoskan oleh kami, anda tertakluk pada Peraturan Rasmi promosi tersebut.
  • Halaman ini memerihalkan amalan semasa kami berhubung perkhidmatan khusus ini. Maklumat ini mungkin berubah apabila kami menyemak semula perkhidmatan ini dengan menambah atau membuang ciri atau dengan menggunakan pembekal perkhidmatan yang lain. Untuk mengetahui cara kami mengendalikan maklumat peribadi anda, sila lawat Dasar Privasi kami.
Hap Cipta © 2009 Yahoo! Southeast Asia Pte Ltd (Co. Reg. No. 199700735D). Semua Hak Terpelihara.

Dasar Privasi - Syarat-syarat Perkhidmatan