Suar Web
Halaman
web dan e-mel HTML mungkin mengandungi cebisan kod kecil yang dipanggil suar
web. Dalam bentuk paling ringkasnya, suar web membenarkan tapak web untuk
memindah atau mengumpul maklumat menerusi permintaan imej grafik. Tapak web
boleh menggunakan suar web dan kuki untuk banyak tujuan,
termasuk analitis penggunaan tapak, pengauditan dan laporan pengiklanan dan
pemperibadian kandungan dan pengiklanan.
Amalan
Yahoo! Berkenaan Dengan Suar Web
Yahoo!
mungkin mengumpul maklumat menerusi suar web mengenai aktiviti semak imbas anda
seperti alamat halaman yang anda lawati, alamat halaman perujuk yang anda
lawati sebelumnya, masa anda melihat halaman, persekitaran semak imbas anda dan
tetapan paparan anda. Kami mungkin menggunakan maklumat yang kami kumpul
menerusi suar web:
- Untuk memahami
corak trafik dan bilangan pelawat ke rangkaian tapak web berjenama Yahoo!,
tapak web di dalam Yahoo! Network dan tapak web bukan Yahoo! yang kami
mempunyai perkongsiannya.
- Untuk memahami
bagaimana anda mengguna dan berinteraksi dengan produk dan perkhidmatan
Yahoo!.
- Untuk meningkatkan
produk dan perkhidmatan Yahoo!.
- Untuk
mengoptimumkan pengalaman semak imbas anda.
- Untuk menyediakan
pengauditan individu dan/atau agregat tanpa nama, penyelidikan, pemodelan
dan laporan untuk pengiklan kami dan rakan kongsi lain. Tiada maklumat
pengenalpastian peribadi mengenai anda dikongsi dengan pengiklan kami dan
rakan kongsi lain sebagai sebahagian daripada perkhidmatan ini.
- Untuk menyediakan
anda pengiklanan dan kandungan yang
berkaitan.
- Untuk menentukan
e-mel yang dihantar oleh Yahoo!, atau ejennya, dibuka dan mengetahui sama
ada tindakan telah diambil ke atas mesej.
Pilihan
Anda Mengenai Penggunaan Suar Web Yahoo!
- Jika anda tidak
ingin menerima pengiklanan dan kandungan berdasarkan minat yang disediakan
oleh Yahoo!, atau untuk mengeluarkan diri anda daripada perkhidmatan analitis
Yahoo!, sila lawati alat
tarik diri
kami.
- Anda boleh melawati
Inisiatif
Pengiklanan Rangkaian (dalam Bahasa Inggeris) untuk melihat syarikat lain
yang menawarkan pilihan tarik diri dan untuk menggunakan alat lain bagi
menguruskan pilihan tarik diri anda.
Suar
Web Syarikat Lain pada Yahoo!
- Selain daripada
Yahoo! menggunakan suar web pada rangkaian tapak web kami, kami
membenarkan Pihak
Ketiga
tertentu untuk memasukkan suar web mereka sendiri dalam halaman web kami.
Penggunaan suar web oleh syarikat-syarikat ni adalah tertakluk pada dasar
privasi mereka sendiri dan bukan Dasar Privasi Yahoo!.