Yahoo! Search
Polisi Privasi Mobile (Mudah Alih)
Yahoo! Info Center > Dasar Privasi Yahoo! > Polisi Privasi Mobile (Mudah Alih)

Maklumat lanjut tentang Privasi Yahoo!

Polisi Privasi Mobile (Mudah Alih)

Yahoo! Go dan Peralatan-Peralatan Mudah Alih

Yahoo! mengambil serius privasi anda. Gambaran keseluruhan ini seharusnya membantu anda memahami amalan-amalan utama Yahoo! Mudah Alih berkenaan dengan privasi anda.

  1. Pengenalpasti Unik Peralatan Mudah Alih
  2. Lokasi Fizikal
  3. Penggunaan Maklumat
  4. Proses Undang-Undang
  5. Maklumat Akaun dan Pilihan-Pilihan
  6. Widget-Widget
  7. Lain-lain

Penggunaan produk dan servis mudah alih Yahoo! oleh anda adalah juga tertakluk kepada Polisi Privasi Yahoo!. Untuk melihat versi terkini polisi ini, sila lawat: http://info.yahoo.com/privacy/my/yahoo/.

  1. Pengenalpasti Unik Peralatan Mudah Alih

    Apabila disambung ke Yahoo! melalui pembekal perkhidmatan yang mengenal pasti peralatan mudah alih anda secara unik, Yahoo! mungkin menerima pengenalan ini dan menggunanya untuk menawarkan servis-servis dan/atau fungsi-fungsi tambahan. Beberapa servis-servis Yahoo! mungkin memerlukan kami untuk mengumpul nombor telefon anda. Kami mungkin mengaitkan nombor telefon tersebut kepada maklumat mengenalpasti peralatan mudah alih. Walaubagaimanapun, kami tidak akan menggunakan nombor telefon tersebut untuk tele-pemasaran kecuali jika anda telah memberikan kebenaran kepada kami untuk berbuat demikian.

  2. Lokasi Fizikal

    Yahoo! mendapatkan keizinan anda (secara pilih-masuk) sebelum menggunakan maklumat dari teknologi penunjuk seperti GPS dan maklumat menara sel. Maklumat ini membolehkan Yahoo! untuk menetapkan lokasi anggaran peralatan mudah alih anda. Yahoo! mungkin menggunakan dan menyimpan maklumat ini, digabungkan dengan maklumat berdasarkan lokasi yang lain seperti alamat IP atau lokasi pendaftaran, untuk memberi servis- berdasarkan lokasi tambahan, membolehkan pengiklanan sasaran-lokasi, keputusan-keputusan carian, dan kandungan-kandungan lain. Anda boleh menarik balik kebenaran anda (pilih-keluar) bagi pengumpulan maklumat anda dengan cara ini pada bila-bila masa dengan mengklik di “Options” (Pilihan) kemudian “More” (Tambahan) kemudian “Disable Positioning” (Melumpuhkan Kedudukan), semasa berada di peta pandangan (Yahoo! Go 3.0).

    Selanjutnya, sebagai contoh sekiranya anda memberin Yahoo! maklumat poskod, Yahoo! boleh menetapkan secara anggaran lokasi anda atau lokasi kawasan lain yang mungkin anda lawati atau mempunyai minat.

  3. Penggunaan Maklumat

    Yahoo! akan mengguna dan menyimpan maklumat berdasarkan lokasi yang dikumpul oleh Yahoo!, atau yang anda beri kepada Yahoo!, untuk memberi produk atau servis yang dipohon oleh anda dan untuk membolehkan Yahoo! mematuhi kewajipan undang-undangnya. Kami juga mungkin menggunakan maklumat berdasarkan lokasi yang tidak dikenali (anonymous) untuk memenuhi databes rangkaian sel ID kami (jika ada) dengan maklumat mengenai kawasan-kawasan geografikal di mana sel ID tersebut berada.

    Yahoo! tidak menyewa, menjual, atau berkongsi maklumat peribadi anda dengan pihak lain atau syarikat-syarikat yang tidak berkaitan, kecuali untuk menawarkan produk atau servis yang telah anda pohon, atau di bawah keadaan-keadaan berikut:

    • Kami memperuntukkan maklumat tersebut kepada rakan-rakan kongsi yang dipercayai yang bekerja bagi pihak atau dengan Yahoo! dibawah perjanjian sulit. Syarikat-syarikat ini mungkin menggunakan maklumat peribadi anda untuk membantu Yahoo! berkomunikasi dengan anda mengenai tawaran-tawaran daripada Yahoo! dan rakan-rakan kongsi pemasaran kami. Walaubagaimanapun, syarikat-syarikat ini tidak mempunyai apa-apa hak tersendiri untuk berkongsi maklumat ini.
    • Kami mempunyai kebenaran daripada ibubapa untuk berkongsi maklumat sekiranya pengguna adalah kanak-kanak di bawah umur 13 tahun. Ibubapa juga mempunyai pilihan untuk membenarkan Yahoo! mengumpul dan mengguna maklumat anak mereka tanpa memberi kebenaran kepada Yahoo! untuk berkongsi maklumat ini dengan pihak lain atau syarikat-syarikat lain.
    • Kami telah dibeli oleh atau digabungkan dengan syarikat lain. Di dalam keadaan ini, Yahoo! akan memaklumkan anda sebelum maklumat anda dipindahkan dan ditakluk kepada satu polisi privasi yang berlainan.
  4. Proses Undang-Undang

    Yahoo! mungkin berkongsi maklumat mengenai anda, termasuk maklumat peribadi yang boleh dikenalpasti, untuk menyiasat, menghalang, atau mengambil tindakan terhadap aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang, fraud yang disyaki, situasi-situasi kecemasan melibatkan ancaman-ancaman ke atas keselamatan fizikal seseorang, atau pelanggaran Syarat-Syarat Perkhidmatan Yahoo! atau seperti yang dikehendaki oleh undang-undang. Kami berkongsi maklumat sebagai tindak balas kepada sepina, perintah-perintah mahkamah, atau proses undang-undang, atau untuk menetapkan atau melaksanakan hak-hak undang-undang kami atau mempertahankan daripada tuntutan-tuntutan undang-undang.

  5. Maklumat Akaun dan Pilihan-Pilihan

    Anda boleh mengubah maklumat akaun Yahoo! anda, termasuk pilihan-pilihan pemasaran anda, di komputer pada bila-bila masa. Jika anda tidak log masuk, had-had perkhidmatan mungkin akan menghalang anda daripada mengakses secara penuh fungsi perkhidmatan dan ciri-ciri Yahoo! semasa menggunakan peralatan mudah alih. Di dalam keadaan tersebut, anda mungkin perlu menggunakan komputer untuk bersambung ke Yahoo!

  6. Widget-Widget

    Yahoo! berkongsi sebahagian maklumat dengan widget-widget mudah alih pihak ketiga. Jika anda menambah widget pihak ketiga, kami akan berkongsi maklumat seperti negara anda, bahasa pilihan, pembawa mudah alih anda, jenis peralatan dan jenis browser jika dalam milikan kami. Widget-widget pihak ketiga juga boleh menetapkan cookie. Sila ambil perhatian bahawa penggunaan cookie oleh pihak ketiga adalah tertakluk kepada polisi privasi mereka, dan bukan Polisi Privasi Yahoo!.

  7. LainLain

    Apabila anda mengakses Yahoo! daripada mana-mana peralatan mudah alih, anda akan tertakluk kepada Yahoo! Syarat-Syarat Perkhidmatan. Untuk melihat versi terkini Yahoo! Syarat-Syarat Perkhidmatan, sila lawat: http://info.yahoo.com/legal/my/yahoo/utos/. Jika anda mempunyai soalan-soalan mengenai perkhidmatan ini atau Yahoo! Mudah Alih, sila lawat: http://help.yahoo.com/l/aa/yahoo/mobile/.

Hap Cipta © 2009 Yahoo! Southeast Asia Pte Ltd (Co. Reg. No. 199700735D). Semua Hak Terpelihara.

Dasar Privasi - Syarat-syarat Perkhidmatan