Yahoo Search
Polisi Hak Harta Intelek
Yahoo Info Center > Yahoo > Polisi Hak Harta Intelek

Lebih Banyak Pautan Bantuan

Polisi Hak Harta Intelek

Yahoo Asia Pacific Pte. Ltd. ("kami" dan "kita", sebagaimana yang sesuai) menghormati harta intelek orang lain, dan kami meminta agar semua pengguna kami turut berbuat demikian. Sila ambil perhatian bahawa maklumat di laman web ini disediakan untuk pameran umum, tetapi tidak semestinya digunakan oleh sesiapa untuk mengakses, memuat turun, mencetak, menyalin dan/atau mempergunakan maklumat tersebut.

Polisi Hak Harta Intelek ini ("Polisi") membentangkan polisi kami tentang isu-isu berkaitan dengan hak harta intelek, sebagai contoh, dakwaan bahawa terdapat bahan yang melanggar harta intelek disiarkan atau disediakan di laman web kami dan/atau harta benda kami dan juga tindakan-tindakan ke atas pelanggar harta intelek yang berulang.

Sila ambil perhatian bahawa kami tidak mempunyai kawalan, hak atau kuasa ke atas mana-mana pengguna yang bukan pengguna Yahoo atau mana-mana pengguna Yahoo yang berdaftar dengan harta benda Yahoo yang di luar kawalan kami, seperti yahoo.com dan yahoo.co.uk.

Maklumat untuk pemilik-pemilik hak harta intelek
Kami mematuhi semua undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkenaan. Secara khususnya, kami mematuhi tuntutan dibawah Akta Hak Cipta dan Peraturan Hak Cipta (Pembekal Perkhidmatan Rangkaian) Singapura yang berkenaan dan bersesuaian dengan kami.

Jika anda percaya hak harta intelek anda [seperti hak cipta atau hak membenarkan penggunaan pelaksanaan (right to authorise the use of a performance)] telah dilanggari, sila lengkapkan notis pelanggaran kami yang standard (versi PDF boleh didapati di sini) dan kirimkan atau fakskan sesalinan borang yang telah dilengkapkan kepada kami di:

Jabatan Undang-undang
Yahoo Asia Pacific Pte. Ltd. (Co. Reg. No. 199700735D)
60 Anson Road #13-01
Mapletree Anson
Singapore 079914

Nombor Faksimili: +65 6809 8001

Sila ambil perhatian bahawa kami hanya menerima dan bertindak ke atas notis dalam Bahasa Inggeris yang mematuhi Akta Hak Cipta Singapura, undang-undang lain yang berkenaan dan Polisi ini (jika berkenaan). Mana-mana notis yang tidak mematuhi perkara yang disebut di atas akan ditolak, dan kami tidak akan mengambil apa-apa tindakan berhubung dengan notis-notis sedemikian yang telah ditolak.

Apabila menerima notis pematuhan pelanggaran yang mematuhi perkara yang disebut di atas, kami akan mengambil tindakan seperti yang dinyatakan di bawah, bergantung sama ada dakwaan pelanggaran yang dinyatakan di dalam notis tersebut adalah pelanggaran hak cipta atau penggunaan pelaksanaan tanpa kebenaran yang dikawal oleh Akta Hak Cipta Singapura berkenaan dengan pembekal perkhidmatan rangkaian ("Pelanggaran Akta Hak Cipta").

Sekiranya anda ingin menghubungi Jabatan Undang-Undang bagi mendapatkan penjelasan mengenai Polisi ini, anda boleh menulis atau menghantar faks kepada nombor seperti di atas, atau anda boleh menelefon [+65 6477 4500] atau menghantar e-mel kepada sea-ip@yahoo-inc.com.

Pelanggaran Akta Hak Cipta

  • Bagi Pelanggaran Akta Hak Cipta, kami akan, apabila menerima notis pelanggaran yang mematuhi perkara yang disebut di atas:
    (a) dengan secepat mungkin mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk menyingkirkan atau melumpuhkan akses kepada salinan elektronik yang didakwa melanggar; dan
    (b) selepas menyingkirkan atau melumpuhkan akses kepada salinan elektronik yang didakwa melanggari itu, kami dengan cepat mungkin akan mengambil langkah sewajarnya untuk memaklumkan pihak yang telah menyediakan salinan elektronik tersebut ("Pemilik Kandungan").
  • Jika Pemilik Kandungan memberi notis balas yang mematuhi keperluan yang berkenaan di bawah Akta Hak Cipta Singapura dan Peraturan Hak Cipta (Pembekal Perkhidmatan Rangkaian), dan notis balas ini disampaikan kepada kami dalam masa 6 minggu dari tarikh kami memberitahu Pemilik Kandungan tentang penyingkiran atau pemberhentian akses kepada salinan elektronik yang didakwa melanggar itu ("TarikhPemberitahuan"):
    (a) dengan secepat mungkin, kami akan mengambil tindakan sewajarnya untuk mengembalikan, atau mengembalikan akses kepada salinan elektronik yang didakwa melanggar itu, jika sesuai dilakukan sedemikian dari segi teknikal dan praktikal; dan
    (b) jika sebelum kami menyempurnakan langkah-langkah yang perlu untuk mengembalikan, atau mengembalikan akses kepada, salinan elektronik yang didakwa melanggar itu (jika sesuai dilakukan sedemikian dari segi teknikal dan praktikal), pemilik hak cipta berkenaan atau orang yang melakukan pelaksanaan berkenaan (yang mana berkenaan) memulakan tindakan undang-undang untuk menghalang pengembalian, atau pengembalian akses kepada, salinan elektronik yang didakwa melanggar itu, dan kami dimaklumkan tentang tindakan undang-undang tersebut, kami akan memberhentikan langkah-langkah tersebut untuk mengembalikan, atau mengembalikan akses kepada, salinan elektronik yang didakwa melanggar itu.

    Prosedur untuk Pemilik Kandungan menghantar notis balas kepada kami dijelaskan dengan sepenuhnya di dalam bahagian "Maklumat untuk para pengguna" di bawah.

  • Jika Pemilik Kandungan tidak memberikan notis balas yang mematuhi keperluan yang berkenaan dibawah Akta Hak Cipta Singapura dan Peraturan Hak Cipta (Pembekal Perkhidmatan Rangkaian) dalam masa 6 minggu dari Tarikh Pemberitahuan, kami tidak akan mengambil tindakan selanjutnya dan kami akan menganggap kes ini ditutup.
Jenis pelanggaran yang lain
  • Bagi semua pelanggaran yang lain (yakni selain Pelanggaran Akta Hak Cipta), notis pelanggaran mestilah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut dalam Bahasa Inggeris:
    (a) afidavit atau akuan berkanun (yang mematuhi sepenuhnya undang-undang yang berkenaan di tempat mana afidavit atau akuan berkanun tersebut telah dibuat) yang mengandungi atau menyatakan perkara yang berikut:
    (i) pernyataan bahawa semua perkara yang dinyatakan dalam notis pelanggaran adalah benar dan tepat, dan dalam hal ini, salinan notis pelanggaran yang telah dilengkapkan dan ditandatangani mesti dipaparkan dan dirujuk dalam afidavit atau akuan berkanun tersebut; dan

    (ii) pernyataan bahawa notis pelanggaran dihantarkan kepada kami dengan niat yang baik dan bagi tujuan menguatkuasakan hak harta intelek yang berkenaan; dan

    (b) tanggung rugi standard yang telah dilengkapkan dan ditandatangani (versi PDF boleh didapati di sini).

  • Setelah kami menerima notis pelanggaran berserta afidavit atau akuan berkanun dan tanggung rugi standard seperti yang dikehendaki di bawah Polisi ini, kami akan meneruskan penyingkiran atau pemberhentian akses keatas bahan yang didakwa melanggar.
  • Sekiranya kami tidak menerima salah satu atau kedua-dua afidavit atau akuan berkanun serta tanggung rugi standard seperti yang dikehendaki di bawah Polisi ini, atau sekiranya kami menerima kedua-duanya tetapi kami dapati (mengikut budi bicara mutlak kami) salah satunya atau kedua-duanya tidak mematuhi keperluan Polisi ini, termasuk tetapi tidak terhad pada sama ada salah satunya atau kedua-duanya bukan dalam Bahasa Inggeris, kami berhak untuk mengambil apa-apa tindakan atau tidak mengambil tindakan, yang kami anggap sesuai mengikut budi bicara mutlak kami. Jika kami mengambil keputusan untuk tidak mengambil tindakan, kami akan menganggap kes ini ditutup.
Maklumat untuk para pengguna
Pengguna-pengguna yang telah menyiarkan atau menyediakan apa-apa Kandungan (seperti yang ditakrifkan dalam Syarat-Syarat Perkhidmatan kami) pada atau melalui harta benda atau perkhidmatan kami hendaklah membiasakan diri dengan perkara yang dinyatakan di atas yakni di bawah tajuk "Maklumat untuk pemilik hak harta intelek".

Khususnya, jika kami telah menyingkirkan atau melumpuhkan akses kepada mana-mana bahan selaras dengan notis pelanggaran yang mendakwa pelanggaran Akta Hak Cipta, kami akan menghantar satu pemberitahuan ringkas kepada penguna tersebut untuk memaklumkan mengenai penyingkiran ini dan apa-apa maklumat yang berkenaan kepada pengguna tersebut.

Cipta, kami akan menghantar satu pemberitahuan ringkas kepada penguna tersebut untuk memaklumkan mengenai penyingkiran ini dan apa-apa maklumat yang berkenaan kepada pengguna tersebut.

Kami juga boleh, selaras dengan Syarat-Syarat Perkhidmatan kami (termasuk Polisi ini) dan dalam keadaan yang bersesuaian dan mengikut budi bicara mutlak kami, melumpuhkan dan/atau menamatkan tanpa notis pemberitahuan, akaun pengguna yang mungkin melanggar hak harta intelek (termasuk tetapi tidak terhad pada hak cipta dan cap dagangan) pihak lain.

Khususnya, kami akan menamatkan akaun pengguna yang telah kami pastikan (mengikut budi bicara mutlak kami) sebagai pelanggar berulang. Dalam memastikan sama ada seseorang pengguna itu pelanggar berulang, kami akan menggunakan prosedur yang berikut:

  • Jika kami menyingkirkan atau melumpuhkan akses kepada apa-apa Kandungan (sama ada yang menyusuli notis pematuhan pelanggaran yang dihantarkan kepada kami ataupun tidak) yang disiarkan atau disediakan oleh pengguna kami, kami akan menghantarkan pemberitahuan kepada pengguna yang berkenaan;
  • Pengguna tersebut diberikan tempoh 6 minggu bermula dari tarikh cop pemberitahuan kami untuk mencari dan menyingkirkan kesemua bahan dan pautan yang melanggar, yang disiarkan atau disediakan olehnya yang menggunakan atau melalui akaunnya;
  • Jika kami kemudiannya menerima apa-apa dakwaan pelanggaran oleh pengguna tersebut, yang menyebabkan kami menyingkirkan atau melumpuhkan akses ke atas mana-mana Kandungan lain yang disiarkan atau disediakan oleh pengguna tersebut, kami akan menamatkan akaun pengguna tersebut tanpa merujuk selanjutnya kepadanya; dan
  • Di dalam kes-kes dimana kami menyingkirkan atau melumpuhkan akses kepada Kandungan dalam perenggan 1 selaras dengan prosedur kami untuk Pelanggaran Akta Hak Cipta, dan notis balas yang mematuhi kehendak-kehendak yang berkaitan dibawah Akta Hak Cipta dan Peraturan Hak Cipta (Pembekal Perkhidmatan Rangkaian) Singapura dalam masa 6 minggu dari tarikh pemberitahuan kami telah disediakan oleh pengguna tersebut, maka apa-apa penyingkiran atau pelumpuhan akses seterusnya kepada Kandungan (sama ada selaras dengan notis pematuhan pelanggaran yang dihantarkan kepada kami ataupun tidak) yang disiarkan atau disediakan oleh pengguna tersebut akan mengakibatkan suatu pemberitahuan yang baru dihantarkan kepada pengguna tersebut.

English Version