Yahoo Search
Yahoo Terms of Service
Yahoo Info Center > Yahoo > Yahoo Terms of Service

Lebih Banyak Pautan Bantuan

Yahoo Malaysia - Syarat-syarat Perkhidmatan

1. PENERIMAAN TERMA-TERMA

Selamat datang ke Yahoo. Yahoo Asia Pacific Pte. Ltd. (No. Pendaftaran Syarikat. 199700735D) (“kita” dan “kami”, sepertimana yang berkenaan) menyediakan perkhidmatan tersebut (seperti yang dihuraikan di bawah) kepada anda, tertakluk kepada Term-terma Perkhidmatan (“TOS”) berikut. TOS ini adalah terikat kepada anda meskipun anda tidak mempunyai sebarang akaun dengan Yahoo, dan penggunaan perkhidmatan Yahoo oleh anda bermakna bahawa anda telah memberi persetujuan kepada TOS ini. Kami mungkin mengemaskinikan atau mengubahsuai TOS ini dari semasa ke semasa atas budi bicara mutlak kami tanpa memberi sebarang notis kepada anda, termasuklah perubahan kepada penerbitan melalui perkhidmatan tersebut, dan anda bersetuju bahawa penggunaan anda yang berterusan bagi perkhidmatan tersebut selepas kemaskinian atau pengubahsuaian sedemikian akan menyebabkan penerimaan anda dan persetujuan anda untuk terikat kepada kemaskinian atau pengubahsuaian TOS. Anda bertanggungjawab bagi memastikan bahawa anda memahami versi terbaru TOS dengan sepenuhnya sepanjang masa, dan anda boleh mendapat akses versi terbaru dari semasa ke semasa di https://info.yahoo.com/legal/my/yahoo/utos/terms/. Tambahan pula, apabila menggunakan perkhidmatan Yahoo tertentu atau perkhidmatan tertentu yang dioperasi Yahoo, anda dan Yahoo akan terikat kepada mana-mana garis panduan yang diposkan atau peraturan-peraturan yang berkenaan dengan perkhidmatan tersebut, di mana ia boleh diposkan dari semasa ke semasa. Semua garis panduan atau peraturan-peraturan (termasuk tetapi tidak terhad kepada Dasar Privasi dan Dasar Hak Harta Intelek kami, sepertimana yang boleh dikemaskini dari semasa ke semasa melalui pengeposan atas laman web ini) dengan ini diperbadankan dengan merujuk kepada TOS ini. Dalam kebanyakan kes, garis-garis panduan dan perautran-peraturan adalah khusus untuk bahagian tertentu perkhidmatan tersebut dan ia akan membantu anda dalam mengaplikasikan TOS dalam bahagian tersebut, tetapi setakat mana atau tertakluk kepada ketidaksejajaran antara TOS dan apa-apa garis panduan atau peraturan-peraturan, dan TOS ini akan diutamakan. Yahoo dan/atau syarikat pemegang, induk, anak syarikat atau sekutunya mungkin juga boleh menawarkan perkhidmatan lain yang ditadbir oleh Terma-terma perkhidmatan yang berbeza, dalam kes sedemikian TOS ini tidak akan terpakai kepada perkhidmatan–perkhidmatan lain melainkan ia dikecualikan secara nyata oleh Terma-terma perkhidmatan lain.

2. PERIHAL PERKHIDMATAN

Yahoo memberikan akses kepada pengguna-pengguna satu koleksi sumber yang luas, termasuk pelbagai alat-alat komunikasi, forum-forum, perkhidmatan membeli-belah, perkhidmatan carian, kandungan peribadi dan program berjenama (“perhidmatan tersebut”) melalui rangkaian hakmiliknya yang boleh diakses melalui pelbagai perantaraan atau peranti yang terdapat pada masa kini atau yang akan dimajukan selepas itu, termasuk dan tidak terhad kepada “World Wide Web”, telefon bimbit atau perkhidmatan komunikasi yang lain (seperti SMS (Perkhidmatan Mesej Ringkas)), dan/atau Internet atau perkhidmatan-perkhidmatan telekomunikasi atau protokol-protokol yang lain (seperti WAP (Aplikasi Protokol Wayarles)). Anda juga faham dan bersetuju bahawa perkhidmatan tersebut mungkin merangkumi iklan-iklan dan iklan-iklan tersebut adalah perlu bagi Yahoo untuk menyediakan perkhidmatan tersebut. Anda juga faham dan bersetuju bahawa perkhidmatan tersebut mungkin merangkumi komunikasi-komunikasi tertentu dari Yahoo, seperti pengumuman-pengumuman perkhidmatan, mesej-mesej pentadbiran dan Surat Berita Yahoo, dan komunikasi-komunikasi tersebut adalah dianggap sebagai salah satu bahagian penting bagi keahlian Yahoo dan anda tidak boleh memilih untuk tidak menerima mereka melainkan anda menamatkan akaun anda. Oleh sebab itu, anda dianggap bersetuju secara muktamad untuk menerima komunikasi-komunikasi sedemikian secara berterusan selagi anda masih mengekalkan akaun anda. Melainkan yang dinyatakan secara jelas, sebarang ciri-ciri baru yang menambah atau meningkatkan perkhidmatan terkini, termasuk perlepasan hakmilik Yahoo yang terbaru, akan tertakluk kepada TOS. Anda faham dan bersetuju bahawa perkhidmatan tersebut adalah “SEBAGAIMANA TERSEDIA” dan Yahoo dianggap tidak bertanggungjawab untuk ketetapan masa, penghapusan, penyalahsampaian atau kegagalan menyimpan mana-mana komunikasi-komunikasi pengguna ataupun seting persendirian. Anda bertanggungjawab untuk mendapatkan akses kepada perkhidmatan tersebut, dan akses tersebut mungkin melibatkan bayaran pihak ketiga (seperti penyedia perkhidmatan Internet atau caj-caj siaran). Anda bertanggungjawab untuk bayaran-bayaran itu, termasuk bayaran-bayaran yang dikaitkan dengan paparan atau penyampaian iklan-iklan. Tambahan lagi, anda perlu menyediakan dan bertanggungjawab untuk semua peralatan yang diperlukan untuk mendapat akses bagi perkhidmatan tersebut.

Melainkan yang dinyatakan secara jelas, tiada maklumat yang disampaikan dalam perkhidmatan tersebut atau yang berkaitan dengan mana-mana produk dan perkhidmatan yang membentuk sebahagian perkhidmatan tersebut akan dianggap oleh kami atau pihak ketiga yang berkaitan sebagai satu tawaran yang mengikat, tetapi ia boleh merupakan suatu jemputan kepada anda untuk membuat satu tempahan. Sehubungan dengan kontrak untuk produk dan perkhidmatan kami mahupun mana-mana pihak ketiga yang disediakan sebagai sebahagian daripada perkhidmatan tersebut, ia akan dianggap ditamatkan ketika kami mahupun pihak ketiga yang berkaitan menerima tempahan anda, atau apabila kami telah menyediakan kepada anda dengan produk ataupun perkhidmatan mengikut tempahan anda.

Sila ambil perhatian bahawa Yahoo telah mewujudkan ruangan-ruangan tertentu pada perkhidmatan tersebut supaya ianya dilarang untuk ditonton umum dan anda mesti memenuhi syarat-syarat tertentu yang ditetapkan untuk mendapat akses dan menatap ruangan sedemikian.

3. KEWAJIPAN ANDA BAGI PENDAFTARAN

Sebagai balasan kepada penggunaan anda dalam perkhidmatan ini, anda mewakili bahawa sama ada anda: (a) umur anda adalah sah di sisi undang-undang untuk memasuki satu kontrak yang mengikat dan tidak disekat dari sisi undang-undang atau bidang kuasa lain yang terpakai daripada menerima perkhidmatan ini, atau (b) anda telah mendapat kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga anda yang sah untuk menggunakan perkhidmatan ini yang tertakluk kepada dan selaras dengan TOS ini.

Anda juga bersetuju untuk: (a) memberikan maklumat benar, maklumat tepat, terkini dan lengkap mengenai diri anda seperti yang diperlukan oleh borang pendaftaran perkhidmatan ("Data Pendaftaran") dan (b) mengekalkan dan dengan secepat mungkin, mengemaskini Data Pendaftaran bagi memastikan ia adalah benar, tepat, terkini dan lengkap. Jika anda memberikan apa-apa maklumat yang tidak benar, tidak tepat, tidak terkini atau tidak lengkap, maka Yahoo mempunyai alasan-alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa maklumat tersebut adalah tidak benar, tidak tepat, tidak terkini atau tidak lengkap, Yahoo mempunyai hak untuk menggantung atau menamatkan akaun anda dan menolak mana-mana dan semua penggunaan semasa atau penggunaan pada masa hadapan (atau mana-mana bahagian daripadanya). Yahoo mementingkan keselamatan dan privasi bagi semua pengguna, terutamanya kanak-kanak. Walau bagaimanapun, sila beringat bahawa perkhidmatan tersebut adalah direka untuk menarik minat khalayak ramai. Justeru itu, jika anda ialah ibu bapa atau penjaga yang sah, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk menentukan sama ada mana-mana perkhidmatan dan / atau kandungannya (seperti yang ditakrifkan dalam Seksyen 6 di bawah) adalah bersesuaian untuk anak anda. Sama juga, jika anda ialah kanak-kanak, anda dikehendaki untuk mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga anda yang sah sebelum menggunakan atau mendapat akses bagi mana-mana perkhidmatan dan / atau isi kandungannya.

Walau apa-apa pun yang disebut di atas, kami mungkin memberikan akses kepada anda kepada beberapa bahagian perkhidmatan tersebut tanpa perlu anda untuk mendaftar sebagai pengguna. Dalam situasi ini, pengenalan diri anda akan berdasarkan cara pengenalan lain yang kami menganggapnya sesuai. Dalam situasi-situasi yang tertentu, pengenalan mungkin berdasarkan data yang mengenal pasti telefon bimbit anda atau langganan komunikasi anda, seperti nombor langganan anda atau nombor MSISDN (Rangkaian Perkhidmatan Bergerak Bagi Digital Bersepadu) yang disediakan oleh rangkaian operator anda. Anda bersetuju bahawa maklumat sedemikian boleh dikumpulkan dan didedahkan kepada kami dan digunakan selaras dengan TOS ini, termasuk Dasar Privasi kami yang diterangkan di bawah.

4. DASAR PRIVASI YAHOO!

Data Pendaftaran dan maklumat lain tentang diri anda adalah tertakluk kepada Dasar Privasi kami yang dirujuk dan diperbadankan sebagai sebahagian daripada TOS ini. Dengan memberi atau menyediakan Data Pendaftaran dan maklumat sebegini mengenai diri anda kepada kami, anda bersetuju dan mengakui bahawa kami boleh menggunakan atau melepaskan maklumat tersebut kepada pihak-pihak ketiga sepertimana yang ditetapkan dalam Dasar Privasi, dan bahawa anda memberi keizinan bagi penggunaan dan pendedahan tersebut. Anda selanjutnya bersetuju bahawa dengan membekalkan kami dengan Data Pendaftaran dan / atau penggunaan perkhidmatan tersebut, secara nyata anda telah membuat permintaan untuk menerima dan bersetuju untuk menerima komunikasi-komunikasi dan bahan-bahan dari Yahoo dari semasa ke semasa. Untuk maklumat lanjut, sila lihat kesemua Dasar Privasi kami di https://info.yahoo.com/privacy/my/yahoo/ms-my/. Anda faham bahawa melalui penggunaan perkhidmatan tersebut, anda bersetuju kepada koleksi dan penggunaan (sepertimana yang dinyatakan dalam Dasar Privasi) maklumat, termasuk pemindahan maklumat ini ke Amerika Syarikat dan / atau negara-negara lain untuk tujuan penyimpanan, pemprosesan dan penggunaan oleh Yahoo dan sekutunya.

5. AKAUN KEAHLIAN, KATA LALUAN DAN SEKURITI

Selepas melengkapkan proses pendaftaran perkhidmatan tersebut, anda akan menerima satu kata laluan dan akaun yang dikhaskan untuk anda. Anda adalah bertanggungjawab untuk merahsiakan kata laluan dan akaun, dan anda juga bertanggungjawab sepenuhnya ke atas semua aktiviti yang berlaku melalui kata laluan atau akaun anda. Anda bersetuju untuk (a) memberitahu Yahoo dengan segera mana-mana pengunaan tanpa kebenaran kata laluan atau akaun anda atau mana-mana pelanggaran sekuriti, dan (b) memastikan bahawa anda keluar dari akaun anda pada setiap akhir sesi. Yahoo tidak boleh dan tidak akan bertanggungjawab untuk apa-apa kerugian atau kerosakan yang timbul daripada kegagalan anda untuk mematuhi Seksyen 5 ini.

6. TINGKAH LAKU AHLI

Anda memahami bahawa kesemua maklumat, data, teks, perisian, muzik, bunyi, gambar-gambar, grafik, video, mesej-mesej, label-label, atau bahan-bahan lain (“Kandungan’), sama ada diposkan secara awam atau dihantar secara peribadi, adalah tanggungjawab tunggal di mana Kandungan ini berasal. Ini bermaksud bahawa anda, dan bukan Yahoo, bertanggungjawab sepenuhnya untuk kesemua Kandungan yang dimuat turun, pos, emel, dihantar atau dijadikan sedia ada melalui perkhidmatan tersebut. Yahoo tidak akan bertanggungjawab atas Kandungan yang diposkan melalui perkhidmatan tersebut, dan maka, tidak menjamin pengesahan disisi undang-undang, ketepatan, integriti atau kualiti Kandungan tersebut. Anda faham bahawa dengan menggunakan perkhidmatan tersebut, anda mungkin didedahkan kepada Kandungan yang menyinggung, tidak senonoh atau yang boleh dibantah. Yahoo atau pemberi-pemberi lesen, pembekal-pembekal, penjual-penjual, syarikat induk, subsidiary atau sekutu, gabungan, pegawai-pegawai, agen-agen atau pekerja-pekerja, mengikut mana-mana yang berkenaan, walau dibawah apa jua keadaan, tidak akan bertanggungjawab untuk apa-apa Kandungan, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, apa-apa pendedahan kepada Kandungan yang menyinggung, tidak senonoh, atau yang boleh dibantahkan, apa-apa kesilapan atau peninggalan Kandungan, atau apa-apa jenis kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan Kandungan yang dipos, diemel, dihantar atau yang disediakan melalui perkhidmatan tersebut.

Anda bersetuju untuk tidak mengguna perkhidmatan tersebut untuk:

(a) memuat naik, mengepos, emel, menghantar atau memjadikan sedia ada apa-apa Kandungan yang tidak sah disisi undang-undang untuk terpakai kepada perkhidmatan tersebut, memudaratkan, mengancam, menganggu, menyeksa, memfitnah, kasar, lucah, libel, mencerobohi privasi orang lain, subversive, membencikan, atau ketidakseimbangaan antara kaum, ethnik atau boleh dibantah atau bertentangan dengan kepentingan awam, ketenteraman awam atau keharmonian negara dalam semua bidang kuasa yang relevan;

(b) mengancam orang belum dewasa dalam apa-apa cara;

(c) menyamar sesiapa atau entiti, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, seorang pegawai Yahoo, pemimpin forum, pembimbing atau hos, atau menyatakan secara salah atau menyalahgambarkan hubungan anda dengan seseorang atau entiti;

(d) memalsukan tajuk-tajuk atau memanipulasikan pengenalpastian-pengenalpastian supaya menyamar asal usul Kandungan yang dihantar melalui perkhidmatan tersebut;

(e) memuat naik, mengepos, emel, menghantar atau menjadikan sedia ada apa-apa Kandungan yang anda tidak mempunyai hak untuk menjadikannya sedia ada dibawah undang-undang terpakai atau dibawah kontrak atau hubungan fidusiari (seperti maklumat dalaman, maklumat hakmilik dan sulit yang dipelajari atau didedahkan sebagai sebahagian daripada hubungan pekerjaan atau dibawah perjanjian ketidakdedahan);

(f) memuat naik, mengepos, emel, menghantar atau menjadikan sedia ada apa-apa Kandungan yang melanggar apa-apa paten, tanda dagang, rahsia perdagangan, hak cipta atau hakmilik sesiapa;

(g) memuat naik, mengepos, emel, menhantar atau mejadikan sedia ada apa-apa iklan-iklan, bahan-bahan promosi, “mel sampah”, “spam”, “mel berangkai”, “skema piramid’, atau apa-apa jenis perundangan yang tidak diminta atau tidak dibenarkan, kecuali dalam ruangan (seperti beli belah) yang direka khususnya untuk tujuan tersebut;

(h) “relay emel” dari pelayan mel pihak ketiga tanpa kebenaraan pihak ketiga tersebut;

(i) mengguna “robot” atau “harvest emel” orang lain dari laman web Yahoo untuk tujuan menghantar bahan-bahan yang tidak sah dari sisi undang-undang dan tidak dibenarkan;

(j) memuat naik, mengepos, emel, atau menghantar mesej, URL yang sama atau mengeposnya beberapa kali;

(k) memuat naik, mengepos, emel, menghantar atau menjadikan sedia ada apa-apa bahan yang mengandungi virus perisian atau apa-apa kod computer lain, fail atau program yang direka untuk tujuan menggangu, menghapuskan atau mengehadkan fungsi apa-apa perisian computer atau perkakasan atau telekomunikasi;

(l) menggangu aliran dialog biasa, mengakibatkan skrin untuk “memapar” lebih cepat daripada pengguna-pengguna lain bagi perkhidmatan tersebut boleh menaip, atau bertindak yang menjejaskan secara negative kebolehan pengguna-pengguna lain untuk untuk menyertai saling tindak dalam masa nyata;

(m) mengganggu atau mengendalakan perkhidmatan tersebut atau penggunaan perkhidmatan tersebut oleh orang lain, atau pelayan-pelayan atau rangkaian-rangkaian perkhidmatan tersebut, atau melanggar apa-apa keperluan, prosedur, dasar atau peraturan-peraturan rangkaian yang berhubung dengan perkhidmatan tersebut;

(n) dengan sengaja atau tidak sengaja melanggar mana-mana undang-undang terpakai, statut, ordinan, peraturan atau kod yang berkenaan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, mana-mana peraturan, pemberitahuan atau arahan oleh mana-mana badan pengawal atau pihak berkuasa, agensi kerajaan atau perkhidmatan sekuriti yang lain;

(o) memberikan sokongan bahan atau sumber-sumber (atau untuk menyembunyikan atau menyamar sifat, lokasi, sumber, atau hakmilik bahan sokongan atau sumber) kepada mana-mana organisasi (organisasi-organisasi) yang dikhususkan oleh kerajaan Amerika Syarikat sebagai organisasi pengganas asing berikutan dengan Seksyen 219 Akta Imigrasi dan Kerakyatan;

(p) “mengekori” atau menganggu orang lain;

(q) melakukan apa-apa tindakan menipu atau tindakan yang tidak sah disisi undang-undang, sama ada yang berkaitan dengan perkhidmatan produk dan perkhidmatan pihak ketiga yang berkaitan dengan perkhidmatan tersebut ataupun sebaliknya dan/atau

(r) mengumpul atau menyimpan data peribadi pengguna lain yang berkaitan dengan tingkahlaku dan aktiviti yang dinyatakan di atas.

Anda mengakui bahawa Yahoo mungkin atau tidak mungkin menyaring Kandungan itu terlebih dahulu, tetapi Yahoo dan wakil-wakilnya berhak (tetapi tidak bertanggungjawab) atas budi bicara mutlaknya untuk menyaring, menolak, memindah sebarang Kandungan yang dihantar atau dijadikan sedia ada melalui perkhidmatan tersebut. Tanpa had yang nyata, Yahoo dan wakil-wakilnya berhak untuk menghapus apa-apa Kandungan (yang disediakan oleh anda atau tidak) yang kami dengan jujur percaya bahawa ia mungkin tidak sah disisi undang-undang atau melanggar TOS atau diperakukan untuk melanggar hakmilik harta intelek atau yang boleh dibantah atas budi bicara mutlak kami, tanpa dipertanggungjawabkan kepada anda walau dalam apa cara untuk apa-apa kehilangan atau kerosakan berikutan penghapusan tersebut. Anda bersetuju bahawa anda mesti menilai, dan menanggung kesemua risiko yang berkaitan dengan, penggunaan yang berkaitan dengan Kandungan, termasuklah segala pergantungan atas ketepatan, keseluruhan, atau kegunaan Kandungan tersebut. Sehubungan itu, anda mengakui bahawa anda tidak boleh bergantung kepada apa-apa Kandungan yang diwujudkan oleh Yahoo atau dihantar kepada Yahoo, termasuk tetapi tanpa had maklumat dalam Yahoo Groups atau yahoo! Answers dan dalam semua bahagian perkhidmatan tersebut.

Anda mengakui dan bersetuju bahawa Yahoo boleh atas budi bicara mutlaknya mendapat akses, menyimpan dan mendedahkan maklumat akaun anda dan Kandungan jika diperlukan dibawah undang-undang atau secara jujur percaya bahawa akses penyimpanan atau pendedahan diperlukan untuk: (a) mematuhi proses undang-undang dan penguatkuasaan agensi atau permintaan kerajaan lain; (b) menguatkuasakan TOS atau menjadi bukti hakmilik kami atau menjadi pembelaan kami; (c) bertindak balas kepada tuntutan-tuntutan bahawa Kandungan adalah tidak sah disisi undang-undang dan melanggar hak pihak ketiga; (d) bertindak balas kepada permintaan anda untuk perkhidmatan pelanggan; atau (e) melindungi hakmilik, harta atau keselamatan peribadi Yahoo, pengguna-penggunanya atau orang awam.

Anda memahami bahawa proses teknikal dan penghantaran perkhidmatan tersebut, termasuk Kandungan anda, mungkin melibat (a) penghantaran kepada rangkaian lain; dan (b) penukaran untuk mematuhi dan menyesuaikan keperluan teknikal untuk menghubungkan rangkaian atau peranti.

Anda memahami bahawa perkhidmatan tersebut dan perisian dalam perkhidmatan tersebut mungkin termasuk komponen sekuriti yang membenarkan bahan-bahan digital untuk dilindungi, dan kegunaan bahan-bahan itu adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan penggunaan yang ditetapkan oleh Yahoo dan/atau kandungan pembekal kandungan kepada perkhidmatan tersebut. Anda mungkin tidak cuba untuk mengatasi atau memintas apa-apa peraturan-peraturan kegunaan dalam perkhidmatan tersebut. Apa-apa pengeluaran semula, penerbitan, pengedaran atau publisi awam bagi bahan-bahan yang disediakan di perkhidmatan tersebut, secara menyeluruh atau sebahagian, adalah dilarang.

7. SIFAT KOMUNIKASI-KOMINUKASI PADA RANGKAIAN YAHOO!

Apabila anda mendaftar dengan Yahoo, anda mengakui bahawa semasa menggunakan perkhidmatan tersebut untuk menghantar komunikasi-komunikasi elektronik (termasuk tetapi tidak terhad kepada emel, pencarian-pencarian pertanyaan, menghantar mesej kepada Kumpulan-kumpulan Yahoo, memuat naik gambar-gambar dan fail-fail pada “Flickr”, dan aktiviti-aktiviti Internet yang lain), anda akan menyebabkan komunikasi-komunikasi tersebut dihantar melalui rangkaian-rangkaian komputer Yahoo, di mana bahagian yang berlainan adalah bertempat di bidang kuasa yang berlainan. Oleh sebab itu, dan juga oleh sebab seni bina rangkaian Yahoo dan amalan-amalan perniagaan dan sifat komunikasi elektronik, malah komunikasi-komunikasi yang kelihatan sebagai dalam negeri atau tempatan boleh mengakibatkan transmisi komunikasi-komunikasi antara negeri atau merentas sempadan tidak kira di mana anda berada di tempat itu secara fizikal pada masa penghantaran itu. Sewajarnya, apabila anda bersetuju dengan TOS ini, anda mengakui bahawa pengunaan perkhidmatan akan mengakibatkan penyiaran data antara negeri dan merentas sempadan.

Yahoo Messenger, termasuk mana-mana versi pangkalan web, akan membenarkan anda dan orang yang anda berkomunikasi dengan, untuk menyimpan perbualan-perbualan dalam akaun-akaun Yahoo yang bertempat di pelayan-pelayan Yahoo. Ini bererti anda boleh mendpaat akses dan mencari sejarah perbualan anda dari mana-mana komputer yang mempunyai akses kepada internet. Sama anda menggunakan ciri-ciri ini atau tidak, pengguna-pengguna lain juga boleh memilih untuk menggunakannya untuk menyimpan perbualan-perbualan bersama anda dalam akaun mereka pada Yahoo. Perjanjian anda dalam TOS ini merupakan persetujuan anda untuk membenarkan Yahoo menyimpan komunikasi-komunikasi ini pada pelayan-pelayannya. Dari semasa ke semasa, Yahoo mungkin menghantar kepada anda notis-notis melalui Yahoo Messenger Services untuk memberitahu anda mengenai pertukaran-pertukaran yang penting bagi Yahoo Messenger atau perkhidmatan tersebut yang berkaitan. Pesanan sedemikian tidak boleh diterima sekiranya anda melanggar TOS ini dengan mengakses perkhidmatan tersebut secara tidak sah. Perjanjian anda dalam TOS ini merupakan perjanjian bahawa anda dianggap telah menerima mana-mana dan kesemua notis yang akan dihantar sekiranya anda telah mengakses perkhidmatan tersebut dengan cara rasmi.

8. PERINGATAN-PERINGATAN KHAS BAGI PENGGUNAAN ANTARABANGSA SERTA PEMATUHAN KEPADA PERATURAN-PERATURAN IMPORT DAN EKSPORT

Dengan mengiktiraf sifat global Internet, anda bersetuju untuk mematuhi semua peraturan tempatan mengenai tingkah laku online serta Kandungan yang diterima. Penggunaan Perkhidmatan Yahoo serta pemindahan, pengeposan dan memuat naik perisian, teknologi, dan data teknikal yang lain melalui Yahoo Services mungkin tertakluk kepada undang-undang eksport dan import negara Amerika Syarikat, Singapura serta negara-negara lain. Anda bersetuju untuk mematuhi dengan semua undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkenaan, termasuk tanpa had Peraturan-peraturan Pentadbiran Eksport (http://www.access.gpo.gov/bis/ear/ear_data.html) dan program-program mengawal sekatan negara Amerika Syarikat (http://www.treasury.gov/resource-center/sanctions/Programs/Pages/Programs.aspx). Khususnya, anda menyatakan dan menjamin bahawa anda:

(a) tidak dikenal pasti sebagai suatu pihak terlarang oleh mana-mana senarai pengecualian eksport kerajaan (http://www.bis.doc.gov/complianceandenforcement/liststocheck.htm) atau bukan seorang ahli kerajaan mana-mana negara eksport terlarang seperti yang dikenalpasti dalam undang-undang dan peraturan-peraturan eksport dan import yang berkenaan;

(b) tidak akan memindahkan perisian, teknologi, dan data teknikal yang lain melalui Yahoo Services kepada pihak-pihak ataupun negara-negara eksport terlarang;

(c) tidak akan menggunakan Yahoo Services untuk kegunaan akhir tentera, nuklear, peluru berpandu, senjata-senjata kimia atau biologi yang melanggar undang-undang eksport negara Amerika Syarikat dan / atau Singapura; dan

(d) tidak akan memindah, memuat naik, atau mengepos melalui Yahoo Services sebarang perisian, teknologi atau data teknikal yang lain yang melanggar undang-undang import dan eksport negara Amerika Syarikat, Singapura, atau mana-mana undang-undang import dan eksport yang berkenaan.

9. KANDUNGAN YANG DISERAHKAN ATAU BERSIAP SEDIA UNTUK DIMASUKKAN DALAM PERKHIDMATAN TERSEBUT

Yahoo tidak menuntut pemilikan ke atas Kandungan yang anda serahkan atau bersiap sedia untuk dimasukkan dalam perkhidmatan tersebut. Walau bagaimanapun, Kandungan yang anda serahkan atau bersiap sedia untuk dimasukkan dalam ruangan perkhidmatan tersebut yang boleh diakses secara am, anda memberi Yahoo kebebasan daripada membayar royalty, kebolehan untuk memidahmilik lesen yang tidak eksklusif, seperti yang terpakai:

(a) Berkenaan dengan Kandungan yang anda serahkan atau bersiap sedia untuk dimasukkan dalam ruangan Yahoo Groups, ia boleh diakses oleh orang am, lesen untuk mengguna, mengedar, mengeluarkan semula, mengedar, menyesuaikan, menerbitkan, menyiarkan, mempersembahkan secara am dan memaparkan secara am Kandungan dalam perkhidmatan tersebut hanya untuk tujuan memyediakan dan mempromosikan Yahoo Group yang tertentu yang mana Kandungan yang dimasukkan atau dijadikan sedia. Lesen ini hanya wujud untuk selama yang anda memilih untuk merangkumi Kandungan dalam perkhidmatan tersebut dan akan ditamatkan semasa anda menghapuskan atau Yahoo meghapuskan Kandungan tersebut dari perkhidmatan tersebut.

(b) Berkenaan dengan gambar, grafik, audio atau video yang anda serahkan atau bersiap sedia untuk dimasukkan dalam ruangan perkhidmatan tersebut yang boleh diakses oleh orang awam selain daripada Yahoo Groups, lesen untuk mengguna, mengedar, mengeluarkan semula, mengubahsuai, menerbit, menyiar, menyesuaikan, mempersembahkan secara am dan memaparkan secara am Kandungan dalam perkhidmatan tersebut hanya untuk tujuan bagi pengedaran Kandungan tersebut supaya bersiap sedia. Lesen ini hanya wujud semasa anda memilih untuk merangkumi Kandungan dalam perkhidmatan tersebut dan akan ditamankan pada masa anda menghapuskan atau Yahoo meghapuskan Kandungan tersebut dari perkhidmatan tersebut.

(c) Berkenaan dengan Kandungan selain daripada gambar, grafik, audio atau video yang anda diserahkan atau dijadikan sedia untuk dimasukkan dalam ruangan perkhidmatan tersebut yang boleh diakses oleh orang awam selain daripada Yahoo Groups, lesen selama-lamanya, lesen kekal yang tidak boleh ditarikbalik dan lesen yang boleh di sub-lesen secara penuh, mengedar, mengeluarkan semula, mengubahsuai, menyesuaikan, menyiarkan, menterjemahkan, mempersembahkan secara am dan memaparkan secara am Kandungan tersebut (secara menyeluruh atau sebahagian) dan untuk ditambahkan Kandungan tersebut dalam karya-karya lain dalam format ataupun media yang kini diketahui atau dihasilkan kemudian.

(d) Ruangan perkhidmatan tersebut “Boleh diakses secara am oleh orang awam” adalah ruangan hakmilik rangkaian Yahoo yang adalah untuk tujuan untuk dijadikan sedia untuk orang awam. Sebagai contoh, ruangan perkhidmatan tersebut yang boleh diaskses secara am oleh orang awam termasuk Yahoo Answers dan sebahagian Yahoo Groups yang dibuka kepada kedua-dua ahli dan pelawat. Walaubagaimanapun, ruangan perkhidmatan tersebut yang boleh diakses tidak termasuk bahagian Yahoo Groups yang terhad kepada ahli, perkhidmatan Yahoo yang adalah untuk tujuan komunikasi peribadi seperti Yahoo Mail atau Yahoo Messenger, atau bahagian rangkaian hakmilik Yahoo seperti bahagian-bahagian laman World Wide Web yang boleh diakses hiperteks atau pautan tetapi bukan dihos atau disediakan oleh Yahoo.

(e) Dengan menghantar atau menjadikan sedia Kandungan melalui perkhidmatan tersebut, anda mengakui bahawa anda mengambil risiko bahawa orang lain mungkin mengeluarkan semula atau mengguna Kandungan. Anda bersetuju untuk tidak menjadikan Yahoo bertanggungjawab terhadap mana-mana penerbitan semula atau penggunaan Kandungan tersebut, sama ada anda telah bersetuju atas penerbitan semula tersebut.

10. SUMBANGAN-SUMBANGAN KEPADA YAHOO!

Dengan mengemukakan idea, dokumen dan/ atau cadangan (“Sumbangan”) kepada Yahoo Melalui cadangan atau maklumbalas di laman web ini, anda mengakui dan bersetuju bahawa:- (a) Sumbangan-sumbangan anda tidak mengandungi maklumat sulit atau maklumat hakmilik; (b) Yahoo tidak terikat pada sebarang tanggungjawab sulit, nyata atau tersirat terhadap Sumbangan; (c) Yahoo berhak menggunakan atau mendedahkan (atau memilih untuk tidak mengguna atau mendedah) Sumbangan bagi sebarang tujuan, dalam apa-apa cara, dalam sebarang media di seluruh dunia; (d) Yahoo mungkin mempunyai sesuatu yang berkenaan dengan Sumbangan yang telah dipertimbangkan atau dalam pembangunan; (e) Sumbangan anda menjadi hakmilik Yahoo secara automatic tanpa sebarang kewajipan Yahoo terhadap anda; dan (f) anda tidak berhak untuk mendapatkan sebarang pampasan atau sebarang pembayaran balik daripada Yahoo walaupun dalam apa-apa situasi.

11. TANGGUNG RUGI

Anda bersetuju untuk menanggung rugi dan memastikan Yahoo dan syarikat induk, anak syarikat-anak syarikat, pegawai-pegawai, agen-agen, pekerja-pekerja, rakan-rakan kongsi, pembekal-pembekal, penjual-penjual, pekongsi-pekongsi bersama dan pemberi-pemberi lesen supaya tidak bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan atau permintaan, termasuk bayaran-bayaran peguam yang munasabah dan yang dituntut oleh pihak ketiga yang disebabkan atau timbul daripada Kandungan yang anda hantar, mengemukakan atau menyiarkan atau sebaliknya menjadikan tersedia melalui Perkhidmatan tersebut, penggunaan anda dalam perkhidmatan tersebut, hubungan anda dengan perkhidmatan tersebut, pelanggaran TOS oleh anda, pencabulan anda bagi mana-mana hak lain, atau pelanggan undang-undang yang berkenaan dengan anda.

12. TIADA JUALAN SEMULA BAGI PERKHIDMATAN TERSEBUT

Anda bersetuju tidak untuk mengeluarkan semula, memperbanyak, menyalin, menjual, mendagang, menjual semula atau mengexploitasikan sebarang bahagian perkhidmatan (termasuk Yahoo ID anda untuk apa-apa tujuan komersil), penggunaan perkhidamatan, atau akses kepada perkhidmatan tersebut.

13. AMALAN-ALAMAN BIASA BAGI PENGGUNAAN DAN PENYIMPANAN

Anda mengakui bahawa Yahoo boleh, atas budi bicara mutlaknya, mewujudkan amalan-amalan am dan had-had penggunaan perkhidmatan tersebut, tanpa had, cara penggunaan perkhidmatan tersebut, bilangan hari maksimum emel yang boleh dihantar dari atau diterma melalui akaun dalam perkhidmatan tersebut, saiz maksimum sebarang emel yang boleh dihantar atau diterima melalui akaun dalam perkhidmatan, ruang cakera maksimum yang akan diperuntukkan oleh rangkaian Yahoo bagi pihak anda, dan bilangan maksimum (dan tempoh maksimum dimana) anda boleh akses perkhidmatan dalam satu tempoh masa. Khususnya, tetapi tanpa had yang telah diperuntukkan, dengan menggunakan perkhidmatan, anda bersetuju untuk menerima amalan-amalan kami yang ditetapkan di https://info.yahoo.com/privacy/my/yahoo/ms-my/ yang berkaitan dengan penggunaan perkhimatan anda. Anda bersetuju bahawa Yahoo tidak bertanggungjawab atau mempunyai liability atas penghapusan atau kegagalan untuk menyimpan sebarang mesej dan komunikasi lain atau Kandungan yang diselenggara atau dihantar oleh atau dijadikan tersedia ada melalui perkhidmatan tersebut. Anda mengakui bahawa Yahoo menyimpan hak untuk log keluar daripada akaun yang tidak aktif bagi satu tempoh masa yang panjang. Anda juga mengakui bahwa Yahoo menyimpan hak untuk mengubahsuaikan amalan am dan had dari semasa ke semasa, atas budi bicara mutlaknya, dengan atau tanpa notis, dan anda bersetuju bahawa penggunaan terus perkhidmatan tersebut selepas pengubahsuaian akan menjadikan penerimaan dan penyetujuan terikat oleh amalan-amalan am dan had yang diubahsuaikan.

14. PENGUBAHSUAIAN KEPADA PERKHIDMATAN

Yahoo mempunyai hak pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa untuk mengubahsuai atau memberhentikan, sementara atau secara kekal, perkhidmatan tersebut (atau mana-mana bahagian perkhidmatan tersebut) dengan atau tanpa notis. Anda bersetuju bahawa Yahoo tidak akan bertanggungjawab kepada anda atau kepada mana-mana pihak ketiga atas sebarang pengubahsuaian, penggantungan atau pemberhentian perkhidmatan tersebut.

15. PENAMATAN

Anda bersetuju bahawa Yahoo boleh, di bawah situasi tertentu dan tanpa notis, dengan segera menamatkan perjanjian yang dibentuk dari TOS ini dan menamatkan akaun Yahoo anda, mana-mana alamat emel yang berkaitan, dan akses kepada seluruh atau mana-mana bahagian perkhidmatan tersebut. Punca-punca penamatan merangkumi, dan tidak terhad kepada, (a) pelanggaran-pelanggaran atau pencabulan-pencabulan TOS atau perjanjian lain atau garis panduan atau undang-undang terpakai, (b) permintaan oleh penguatkuasa undang-undang atau agensi kerajaan lain, (c) permintaan oleh anda (penghapusan akaun sendiri), (d) penamatan atau pengubahsuaian bahan kepada perkhidmatan tersebut (atau sebahagian perkhidmatan tersebut), (e) masalah teknikal yang tidak dijangka atau masalah sekuriti atau masalah lain, (f) tempoh ketidakaktifan yang lanjut, (g) dengan kepercayaan bahawa anda menggunakan atau ingin menggunakan perkhidmatan tersebut untuk aktiviti palsu atau salah di sisi undang-undang, dan/ atau (h) tidak membayar apa-apa yuran yang hendak dibayar yang berkaitan dengan perkhidmatan tersebut. Penamatan Yahoo akaun anda termasuk (a) penyingkiran akses kepada kesemua tawaran dalam perkhidmatan tersebut, termasuk tetapi tidak terhad kepada Yahoo Mail dan Yahoo Messenger, (b) penghapusan kata laluan dan semua maklumat berkaitan, fail dan kandungan yang berkaitan dengan atau dalam akaun anda (atau mana-mana bahagian akaun anda), dan (c) sekatan daripada penggunaan lanjut perkhidmatan tersebut. Selanjutnya, anda bersetuju bahawa segala penamatan dengan sebab akan dibuat oleh Yahoo atas budi bicara mutlaknya dan bahawa Yahoo tidak akan bertanggungjawab terhadap anda atau mana-mana pihak ketiga untuk sebarang penamatan akaun anda, mana-mana alamat emel yang berkatian, atau akses kepada seluruh atau sebahagian daripada perkhidmatan tersebut.

Dalam keadaan di mana kami menamatkan akaun anda, mana-mana alamat emel yang berkaitan atau akses kepada seluruh perkhidmatan tersebut, TOS akan ditamatkan dengan segera, kecuali Dasar Privasi, Dasar IP, Seksyen 15 ini dan Seksyen 9,10,11,12,18,19,20,21,22,23,24,25,26 dan 27 TOS ini akan masih berkuatkuasa dan berterusan selepas penamatan .

16. PENGURUSAN DENGAN PARA PENGIKLAN

Perkhidmatan tersebut juga akan merangkumi akses kepada produk dan perkhidmatan oleh pihak ketiga yang bebas sama ada secara terus atau melalui pautan ke laman web yang dikendalikan oleh pengiklan pihak ketiga. Surat-menyurat atau urusan perniagaan anda dengan, atau bersama untuk promosi, pengiklan yang ditemui atau melalui perkhidmatan tersebut, termasuk pembayaran dan penyampaian barangan atau perkhidmatan yang berkaitan, dan mana-mana terma, syarat, waranti atau perwakilan berkaitan dengan urusan-urusan sedemikian, adalah semata-mata antara anda dan para pengiklan, walaupun ia berkaitan dengan mana-mana produk atau perkhidmatan yang merupakan jenama bersama dengan kami yang mungkin merangkumi cap dagang kami. Anda bersetuju bahawa Yahoo tidak akan bertanggungjawab atas mana-mana kehilangan atau kerugian sebagaimanapun yang disebabkan oleh urusan-urusan sedemikian atau atas hasil daripada kehadiran pengiklan di perkhidmatan tersebut.

17. PAUTAN

Perkhidmatan tersebut mungkin menyediakan, atau pihak ketiga mungkin menyediakan, pautan kepada sumber-sumber jaringan dunia. Oleh kerana Yahoo tidak mempunyai kawalan atas laman web jenis ini dan sumbernya, anda mengakui dan bersetuju bahawa Yahoo tidak akan bertanggungjawab terhadap sumber laman web luaran dan tidak menyokong dan tidak akan bertanggungjawab atas sebarang Kandungan, pengiklanan, produk atau bahan lain pada atau boleh didapati daripada laman-laman web atau sumbernya. Anda juga mengakui dan bersetuju bahawa Yahoo tidak akan bertanggungjawab, secara langsung atau tidak langsung, atas kehilangan atau kerugian yang disebabkan atau didakwa disebabkan oleh atau berkaitan dengan penggunaan atau penggantungan atas Kandungan, produk atau perkhidmatan yang ada pada atau melalui mana-mana laman web atau sumbernya.

18. HAK PROPRIETARI YAHOO!

Anda mengakui dan bersetuju bahawa perkhidmatan tersebut dan mana-mana perisian yang diperlukan dan digunakan bagi perkhidmatan tersebut (“Perisian”) yang mengandungi hakmilik dan maklumat sulit yang dilindungi oleh harta intelek dan undang-undang lain. Anda juga mengakui dan bersetuju bahawa kandungan yang sedia ada di penaja iklan atau maklumat yang dibentangkan kepada anda melalui perkhidmatan tersebut atau melalui pengiklan yang dilindungi oleh hak cipta, tanda dagangan, tanda perkhidmatan, paten atau hak proprietary dan undang-undang. Kecuali sebagaimana yang dibenarkan oleh Yahoo atau para pengiklan, anda bersetuju bahawa anda akan membenarkan dan memberi kuasa kepada orang lain untuk, mengubahsuai, menyewa, membuat pajakan, membuat pinjaman, menjual, mengagih atau mewujudkan kerja terbitan berdasarkan perkhidmatan tersebut atau Perisian, sama ada secara menyeluruh atau sebahagian.

Yahoo memberikan anda hak dan lesen peribadi, yang tidak boleh dipindahmilik dan tidak eksklusif untuk mengunakan kod objek Perisian pada satu komputer; dengan syarat bahawa anda tidak (dan tidak membenarkan mana-mana pihak ketiga untuk) menyalin, mengubahsuai, mewujudkan kerja-kerja terbitan dari, jurutera pembalikan, memasang undur atau mencuba untuk menemui mana-mana sumber kod, menjual, menyerak hak, sublesen, memberi kepentingan sekuriti dalam atau memindahkan mana-mana hak dalam Perisian. Anda bersetuju tidak mengubahsuaikan Perisian dalam apa-apa cara atau bentuk, tidak menggunakan Perisian yang sudah diubahsuai, termasuk (tetapi tidak terhad kepada) bagi tujuan mendapatkan akses kepada perkhidmatan yang tidak dibenarkan. Anda bersetuju untuk tidak mengakses perkhidmatan tersebut dengan apa-apa cara lain selain melalui cara yang disediakan oleh Yahoo bagi penggunaan dalam mengakses perkhidmatan tersebut.

19. PENOLAKKAN TUNTUTAN WARANTI

ANDA DENGAN JELAS MEMAHAMI DAN BERSETUJU BAHAWA:-

(a) PENGGUNAAN ANDA BAGI PERKHIDMATAN INI ADALAH ATAS RISIKO ANDA. PERKHIDMATAN INI DISEDIAKAN ATAS ASAS “SEBAGAIMANA TERSEDIA”. YAHOO! DAN SYARIKAT INDUK, SUBSIDIARI, SEKUTU, PEGAWAI-PEGAWAI, PEKERJA-PEKERJA, AGEN-AGEN, RAKAN-RAKAN KONGSI, PEMBERI-PEMBERI LESEN, PEMBEKAL-PEMBEKAL DAN PENJUAL-PENJUAL DENGAN JELAS MENOLAK TUNTUTAN KESEMUA WARANTI PELBAGAI JENIS, MAHUPUN SECARA NYATA ATAU TIDAK, TERMASUK, DAN TIDAK TERHAD KEPADA WARANTI TERSIRAT BAGI KEBOLEHDAGANGANNYA, KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU DAN KETIDAKLANGGARANNYA(SELAIN WARANTI PENGECUALIAN YANG TIDAK SAH DI SISI UNDANG-UNDANG).

(b) YAHOO! DAN SYARIKAT INDUK, SUBSIDIARI, SEKUTU, PEGAWAI-PEGAWAI, PEKERJA-PEKERJA, AGEN-AGEN, RAKAN-RAKAN KONGSI, PEMBERI-PEMBERI LESEN, PEMBEKAL-PEMBEKAL DAN PENJUAL-PENJUAL TIDAK MEMBERI SEBARANG WARANTI BAHAWA (i) PERKHIDMATAN TERSEBUT YANG DIBERI UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN ANDA; (ii) BAHAWA PERKHIDMATAN TERSEBUT YANG DISEDIAKAN TIDAK AKAN DIGANGGU, MENEPATI MASA, SELAMAT ATAU BEBAS DARI KESALAHAN; (iii) PERKHIDMATAN TERSEBUT AKAN MUDAH DIPEROLEH PADA MANA-MANA MASA ATAU PADA SEPANJANG MASA MELALUI SALURAN YANG DIPILIH ATAU DIGUNA OLEH ANDA, (iv) MAKLUMAT, KANDUNGAN ATAU IKLAN YANG TERKANDUNG DALAM, DISEBARKAN MELALUI, ATAU DIPAUTKAN, DIMUAT TURUN ATAU DIAKSES DARI ATAU MELALUI PERKHIDMATAN TERSEBUT (“BAHAN-BAHAN TERSEBUT”) ATAU KEPUTUSAN-KEPUTUSAN YANG MUNGKIN DIDAPATI DARIPADA PENGGUNAAN MANA-MANA PRODUK, PERKHIDMATAN, MAKLUMAT ATAU BAHAN-BAHAN LAIN YANG DIBELI ATAU DIDAPAT OLEH ANDA MELALUI PERKHIDMATAN TERSEBUT (“PRODUK TERSEBUT”) YANG MEMENUHI JANGKAAN ANDA; DAN (vi) MANA-MANA KESILAPAN DALAM PERISIAN AKAN DIPERBETULKAN.

(c) MANA-MANA PERGANTUNGAN ATAS ATAU PENGGUNAAN BAHAN-BAHAN AKAN BERGANTUNG KEPADA BUDI BICARA ANDA DAN RISIKO ANDA. KAMI MENYIMPAN HAK, ATAS BUDI BICARA MUTLAK KAMI DAN TANPA SEBARANG TANGGUNGJAWAB, UNTUK MEMPERTINGKATKAN, ATAU MEMBETULKAN MANA-MANA KESILAPAN ATAU PENINGGALAN DALAM, ATAU SEBAHAGIAN DARIPADA PERKHIDMATAN TERSEBUT ATAU BAHAN-BAHAN TERSEBUT. BAHAN-BAHAN TERSEBUT YANG DISEDIAKAN ATAU DIBERI AKSES OLEH KAMI ATAS DASAR SEBAGAIMANA TERSEDIA, DAN KAMI SECARA NYATA MENOLAK TUNTUTAN WARANTI KEBOLEHDAGANGAN DAN KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU, DENGAN MANA-MANA BAHAN-BAHAN ATAU PRODUK.

(d) MANA-MANA BAHAN-BAHAN DIMUATURUN ATAU DIDAPATI MELALUI PEGGUNAAN PERKHIDMATAN TERSEBUT ADALAH ATAS BUDI BICARA ANDA DAN RISIKO ANDA, DAN ANDA AKAN BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN BAGI SISTEM KOMPUTER ATAU PERALATAN ATAU KEHILANGAN DATA YANG DISEBABKAN OLEH MUAT TURUN MANA-MANA BAHAN-BAHAN.

(e) TIADA NASIHAT ATAU MAKLUMAT, SAMA ADA SECARA LISAN ATAU TULISAN, YANG DIDAPATI OLEH ANDA DARI YAHOO! ATAU PEMBERI-PEMBERI LESEN, PEMBEKAL-PEMBEKAL, PENJUAL-PENJUAL, SYARIKAT INDUK, PEGANGAN, SUBSIDIARI YANG BERKAITAN, SEKUTU, PEGAWAI-PEGAWAI, AGEN-AGEN, PEKERJA-PEKERJA ATAU MELALUI PERKHIDMATAN TERSEBUT AKAN MEWUJUDKAN SEBARANG WARANTI YANG NYATA DITULISKAN DALAM TOS (KECUALI SEBARANG SALAHNYATAAN FRAUD OLEH KAMI ATAU PEMBERI-PEMBERI LESEN KAMI, PEMBEKAL-PEMBEKAL, PENJUAL-PENJUAL, SYARIKAT INDUK, PEGANGAN, SUBSIDIARI ATAU BERKAITAN, SEKUTU, PEGAWAI-PEGAWAI, AGEN-AGEN ATAU PEKERJA-PEKERJA, MENGIKUT MANA-MANA YANG BERKENAAN).

(f) BILANGAN PERATUS PENGGUNA YANG KECIL MUNGKIN MENGALAMI SERANGAN EPILEPSI APABILA TERDEDAH KEPADA POLA CAHAYA YANG TERTENTU ATAU LATAR BELAKANG PADA SKRIN KOMPUTER ATAU KETIKA MENGGUNA PERKHIDMATAN TERSEBUT. KEADAAN TERTENTU MUNGKIN MENGAKIBATKAN SIMPTOM SERANGAN EPILEPSI YANG TIDAK DAPAT DIKESAN DAHULU PADA PENGGUNA-PENGGUNA YANG TIDAK MEMPUNYAI SEJARAH SAWAN ATAU EPILEPSI. JIKA ANDA ATAU SESIAPA DARIPADA AHLI KELUARGA ANDA, MEMPUNYAI SAWAN BABI, SILA DAPATKAN NASIHAT DOKTOR ANDA SEBELUM MENGGUNA PERKHIDMATAN TERSEBUT. DENGAN SEGERA MEMBERHENTIKAN PENGGUNAAN PERKHIDMATAN TERSEBUT DAN DAATKAN NASIHAT DOKTOR ANDA JIKALAU ANDA MENGALAMI MANA-MANA DARIPADA SIMPTOM YANG BERIKUT KETIKA MENGGUNA PERKHIDMATAN TERSEBUT: PENING, PENGLIHATAN BERUBAH, MATA ATAU OTOT BERGIGIL, HILANG KESEDARAN, DISORIENTASI, PERGERAKAN YANG TIDAK DISENGAJAKAN, ATAU KEJANG.

20. HAD LIABILITI

ANDA SECARA NYATA MEMAHAMI DAN MENYETUJUI BAHAWA YAHOO! DAN SYARIKAT INDUK, PEGANGAN, SUBSIDIARI YANG BERKAITAN, SEKUTU, PEGAWAI-PEGAWAI, PEKERJA-PEKERJA, AGEN-AGEN, RAKAN-RAKAN KONGSI DAN PEMBERI-PEMBERI LESEN TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KEPADA ANDA SECARA LANGSUNG, TIDAK LANGSUNG, ISTIMEWA, AKIBAT ATAU GANTI RUGI TELADAN, ATAS SEBARANG KEHILANGAN, KEUNTUNGAN, GOODWILL, PENGGUNAAN, DATA, REPUTASI ATAU KERUGIAN TIDAK KETARA LAIN, TIDAK KIRA SAMADA YAHOO! ATAU PEMBERI-PEMBERI LESENNYA, PEMBEKAL-PEMBEKAL, PENJUAL-PENJUAL, SYARIKAT INDUK, PEGANGAN, SUBSIDIARI DAN SYARIKAT BERKAITAN, GABUNGAN, PEGAWAI-PEGAWAI, AGEN-AGEN, ATAU PEKERJA-PEKERJA, MENGIKUT KEADAAN MUNGKIN, YANG TELAH DINASIHATKAN AKAN KEMUNGKINAN UNTUK MENDAPAT PAMPASAN, YANG DISEBABKAN OLEH: (i) PERKHIDMATAN TERSEBUT, BAHAN-BAHAN TERSEBUT DAN PRODUK-PRODUK; (ii) PENGGUNAAN ATAU KETIDAKBOLEHAN MENGGUNA PERKHIDMATAN TERSEBUT; (iii) KOS MENDABATKAN PRODUK SUBSTITUSI DAN SERVIS YANG DISEBABKAN OLEH MANA-MANA PRODUK, DATA, MAKLUMAT ATAU PERKHIDMATAN YANG DIBELI ATAU DIDAPATKAN ATAU MESEJ YANG DITERIMA ATAU URUS NIAGA YANG DIMASUKI MELALUI ATAU DARI PERKHIDMATAN; (iv) AKSES YANG TIDAK SAH KEPADA ATAU PEMINDAHAN TRANSMISI ATAU DATA; (v) KENYATAAN ATAU KELAKUAN MANA-MANA PIHAK KETIGA ATAS PERKHIDMATAN ATAU PENGGUNA YANG DIBUAT MELALUI MANA-MANA PIHAK KETIGA; ATAU (vii) MANA-MANA PEKARA LAIN BERKAITAN PERKHIDMATAN, BAHAN-BAHAN TERSEBUT ATAU PRODUK. TIDAK ADA APA-APA DALAM TOS AKAN MENGEHADKAN LIABILITY KAMI ATAU PEMBERI-PEMBERI LESEN KAMI, PEMBEKAL-PEMBEKAL, PENJUAL-PENJUAL, SYARIKAT INDUK, PEGANGAN, SUBSIDIARI DAN SYARIKAT BERKAITAN, GABUNGAN, PEGAWAI-PEGAWAI, AGEN-AGEN DAN PEKERJA-PEKERJA, MENGIKUT KEADAAN YANG MUNKING UNTUK KEMATIAN ATAU KECEDARAAN DIRI YANG DISEBABKAN OLEH KECUAIAN KAMI ATAU MEREKA.

21. PENGECUALIAN DAN HAD

ANDA MENGAKUI BAHAWA PENGECUALIAN DAN HAD LIABILITI YANG DINYATAKAN DI SEKSYEN 19 DAN 20 MERUPAKAN SATU PERUNTUKAN YANG ADIL DAN BERPATUTAN DAN KEBAIKAN PERJANJIAN DIANTARA ANDA DAN KAMI, MENGAMBIL KIRA KESEMUA FAKTOR DALAM PERTIMBANGAN, TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA NILAI YANG DIBERI OLEH ANDA KEMADA KAMI DAN KETERSEDIAAN DAN KOS INSURANCE BERKAITAN DENGAN RISIKO YANG DINYATAKAN. ANDA JUGA BERSETUJU BAHAWA PENGECUALIANN DAN HAD INI AKAN DIKUATKUASAKAN KEPADA SETAKAT MANA YANG PALING TINGGI YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG TERPAKAI.

22. PERINGATAN KHAS BAGI PERKHIDMATAN YANG BERKAITAN DENGAN HAL KEWANGAN

Jika anda berniat untuk mencipta atau menyertai sebarang perkhidmatan, menerima atau meminta sebarang berita, mesej, peringatan atau maklumat-maklumat lain daripada perkhidmatan tersebut yang berkenaan dengan syarikat, sebut harga saham, pelaburan atau sekuriti, sila baca Seksyen 19 dan Seksyen 20 dengan sekali lagi. Kedua-duanya adalah terpakai atas anda. Di samping itu, bagi jenis maklumat yang seperti ini dan secara khususnya, ungkapan "Biarlah pelabur berjaga-jaga" adalah amat sesuai. Tujuan persediaan perkhidmatan tersebut adalah untuk tujuan maklumat sahaja, dan tiada kandungan di dalam perkhidmatan tersebut dimaksudkan untuk tujuan perdagangan atau pelaburan mahupun ia akan membentuk apa-apa nasihat khusus kepada anda. Anda bersetuju bahawa anda bertanggungjawab sepenuhnya ke atas semua keputusan perdagangan atau pelaburan yang anda buat. Yahoo dan pemberi lesennya tidak boleh bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan untuk ketepatan, kegunaan atau kewujudan apa-apa maklumat yang dihantarkan atau disediakan melalui perkhidmatan tersebut, dan tidak akan bertanggungjawab atau bertanggungan bagi apa-apa perdagangan atau keputusan pelaburan yang berdasarkan maklumat seperti ini.

23. BENEFISIARI PIHAK KETIGA

Anda bersetuju bahawa, kecuali seperti yang jelas dinyatakan dalam TOS ini, tiada benefisiari pihak ketiga bagi perjanjian ini. Anda mengakui bahawa pemberi-pemberi lesen, pembekal-pembekal, penjual-penjual, syarikat induk, anak syarikat-anak syarikat dan syarikat-syarikat yang berkaitan, sekutunya, dan pegawai-pegawai kami, ejen-ejen dan pekerja-pekerja, adalah, dan di mana terpakai, dimaksudkan untuk menjadi benefisiari-benefisiari pihak ketiga bagi Seksyen 6, 11, 19, 20 dan 21. Anda juga mengakui bahawa pekongsi jenama kami dan rakan kongsi-rakan kongsi yang lain adalah dimaksudkan untuk menjadi benefisiari-benefisiari pihak ketiga bagi Seksyen 11. Anda juga bersetuju bahawa pemberi-pmeberi lesen kami, pembekal-pembekal, penjual-penjual, syarikat induk, anak syarikat-anak syarikat dan syarikat-syarikat yang berkaitan, semua sekutu, pegawai-pegawai, ejen-ejen dan pekerja-pekerja, dan pekongsi jenama kami dan rakan kongsi-rakan kongsi yang lain boleh setiap satunya (secara berasingan dan dalam hak sendiri) untuk menguatkuasakan peruntukan-peruntukan Seksyen 6, 11, 19, 20 dan 21 seperti mana yang terpakai, dan Akta Kontrak Singapura (Hak Pihak Ketiga) Akta (Bab 53B) hendaklah dipakai kepada TOS ini setakat mana dan mengikut cara yang ditetapkan atau yang dijangkakan dalam hal yang telah disebutkan sebelum ini, tetapi tidak selebihnya dan bukan dengan cara yang lain.

24. NOTIS

Yahoo mungkin memberikan anda notis-notis, termasuklah yang berkenaan dengan perubahan-perubahan kepada TOS, dengan e-mel, pos biasa atau siaran-siaran dalam perkhidmatan tersebut. Anda bersetuju bahawa notis-notis tersebut yang dihantar kepada anda melalui emel atau pos biasa, paparan notis pemberitahuan atau pautan kepada notis bagi perkhidmatan tersebut, merupakan notis pemberitahuan yang mencukupi dan memadai kepada anda tentang perkara-perkara yang terkandung di dalamnya. Anda juga bersetuju bahawa kami boleh menyampaikan proses kepada anda melalui pos biasa pada alamat yang anda berikan semasa pendaftaran dengan Yahoo atau oleh apa-apa cara lain yang dibenarkan oleh undang-undang.

25.MAKLUMAT CAP DAGANG

Anda bersetuju bahawa semua cap dagang Yahoo, nama perniagaan, tanda-tanda perkhidmatan dan logo-logo Yahoo yang lain dan nama-nama produk dan perkhidmatan adalah cap dagang Yahoo dan cap dagang pemberi-pemberi lesen kami, pembekal-pembekal, penjual-penjual, syarikat induk, yang mengikut mana-mana yang berkenaan ("Tanda Yahoo"). Tanpa kebenaran yang terlebih dahulu daripada pemberi lesen kami, pembekal, penjual, atau syarikat induk atau kami, anda bersetuju untuk tidak memaparkan atau menggunakan Tanda Yahoo dalam apa-apa cara.

26. NOTIS DAN PROSEDUR UNTUK MEMBUAT TUNTUTAN-TUNTUTAN KE ATAS HAKCIPTA ATAU PERLANGGARAN HARTA INTELEK

Kami menghormati harta intelek yang dimiliki oleh orang lain, dan kami meminta agar semua pengguna kami untuk melakukan perkara yang sama. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Dasar Hak Harta Intelek kami.

Jika anda mempercayai bahawa hak-hak harta intelek anda (seperti hak-hak cipta dan hak-hak cap dagangan) telah dilanggar, sila merujuk kepada Dasar Hak Harta Intelek tersebut yang mengandungi arahan-arahan berkenaan tentang cara-cara pemberitahuan kepada kami yang selaras dengan undang-undang yang berkenaan. Yahoo mungkin, dalam keadaan-keadaan yang sesuai dan atas budi bicaranya, melumpuhkan dan/ atau menamatkan akaun-akaun pengguna yang mungkin merupakan penceroboh-penceroboh berulang.

27. MAKLUMAT AM

Keseluruhan Perjanjian. TOS ini (dengan perjanjian-perjanjian lain dan dasar-dasar yang diperbadankan di sini) merupakan keseluruhan perjanjian antara anda dengan Yahoo dan ia mengawal penggunaan perkhidmatan tersebut oleh anda, ia mengatasi sebarang persefahaman awal, kenyataan-kenyataan, perwakilan dan perjanjian antara anda dengan Yahoo yang berkaitan dengan perkhidmatan tersebut. Untuk tujuan mengelakkan sebarang keraguan, kecuali setakat yang diperuntukkan dalam Seksyen 23, anda dan kami adalah satu-satunya pihak kepada TOS. Anda juga mungkin tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat tambahan yang mungkin terpakai apabilan anda menggunakan atau membeli perkhidmatan Yahoo yang lain, seperti perkhidmatan gabungan, kandungan pihak ketiga atau perisian pihak ketiga.

Pilihan Undang-undang dan Forum. TOS tersebut dan hubungan antara anda dan Yahoo akan ditadbir oleh undang-undang Singapura tanpa mengambil kira sebarang konflik undang-undang. Anda dan Yahoo bersetuju untuk mengemukakan kepada mahkamah Singapura yang mempunya bidang kuasa tidak eksklusif.

Penepian dan Pengasingan Syarat-syarat. Kegagalan Yahoo untuk melaksanakan atau menguatkuasakan mana-mana hak atau peruntukan TOS ini tidak akan menyebabkan penepian hak atau penepian peruntukan tersebut. Jika mana-mana peruntukan TOS didapati tidak sah oleh mahkamah yang mempunyai bidang kuasa yang berkenaan, pihak-pihak yang terlibat bersetuju bahawa mahkamah haruslah berusaha untuk memberi kesan selaras dengan niat bagi pihak-pihak seperti yang dicerminkan dalam peruntukan, dan untuk mentafsirkan peruntukan sedemikian setakat maksimum seperti yang dibenarkan oleh undang-undang untuk menjadikan peruntukan itu sah dan boleh dikuatkuasakan, dengan ini peruntukan TOS yang selainnya akan tetap berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya.

Tiada Hak Keberterusan dan Ketidakpindahmilikan. Anda bersetuju bahawa akaun Yahoo anda tidak boleh dipindahmilik dan apa-apa hak anda ke atas ID Yahoo atau kandungan dalam akaun anda akan tamat atas kematian anda. Apabila menerima salinan sijil kematian, akaun anda boleh ditamatkan dan semua kandungan di dalamnya akan dipadamkan secara kekal.

Statut bagi Had-had. Tanpa mengambilkira apa-apa statut atau undang-undang yang berlawanan, anda bersetuju bahawa sebarang tindakan yang timbul daripada atau yang berkaitan dengan penggunaan perkhidmatan tersebut atau penggunaan TOS mestilah difailkan dalam tempoh satu (1) tahun selepas dakwaan sedemikian atau semasa kausa tindakan tersebut dibangkitkan. Jika tidak, ia akan disekatkan selama-lamanya.

Tajuk-tajuk bagi bahagian di dalam TOS ini disediakan untuk tujuan kemudahan sahaja dan ia tidak mempunyai kesan di sisi undang-undang atau kontrak.

Versi Bahasa Inggeris diutamakan. Sekiranya TOS ini diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa lain dan terdapat percanggahan antara kedua-dua versi bahasa tersebut, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai setakat mana yang percanggahan itu adalah disebabkan oleh kesilapan penjemahan.

28. PERLANGGARAN

Sila laporkan apa-apa perlanggaran TOS ini kepada Kumpulan Layanan Pelanggan kami.

English Version