Yahoo! Search
Dasar Privasi Yahoo!
Yahoo Info Center > Dasar Privasi Yahoo!

Maklumat lanjut tentang Privasi Yahoo!

Yahoo! Privacy Policy in Other Languages

Yahoo! Social Bar

Yahoo! Social Bar Sila baca Soalan Lazim kami untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Yahoo! Social Bar atau lawati Bantuan Yahoo! Social Bar jika anda mempunyai lebih banyak soalan.

Dasar Privasi Yahoo!

Yahoo! (“kami”) memandang privasi anda dengan serius. Sila baca maklumat yang berikut untuk mengetahui lebih lanjut tentang dasar privasi kami.

Rangkuman Dasar Privasi ini

  • Dasar Privasi ini merangkumi cara kami mengendalikan maklumat kenal pasti diri yang kami kumpulkan apabila anda berada di tapak Yahoo!, dan apabila anda menggunakan perkhidmatan kami. Dasar ini juga merangkumi cara kami mengendalikan maklumat kenal pasti diri yang dikongsi dengan kami oleh rakan niaga kami.
  • Dasar ini tidak berkenaan dengan amalan syarikat yang tidak kami miliki mahupun kawal, atau dengan orang yang tidak bekerja dengan kami atau yang kami uruskan.

Pengumpulan dan Penggunaan Maklumat

  • Kami mengumpulkan maklumat kenal pasti diri apabila anda mendaftarkan diri untuk mendapatkan akaun Yahoo!, apabila anda menggunaka Yahoo! produk atau perkhidmatan, yang tertentu, apabila anda melawat halaman Yahoo!, dan apabila anda menyertai promosi atau loteri. Kami juga mungkin menerima maklumat kenal pasti diri daripada rakan niaga kami.
  • Apabila anda mendaftarkan diri dengan kami, kami meminta nama, alamat e-mel, tarikh lahir, jantina, poskod, pekerjaan, industri dan minat peribadi anda. Setelah anda mendaftarkan diri dengan kami dan mendaftar masuk ke perkhidmatan kami, anda sudah kami kenali.
  • Kami juga menerima dan merekodkan maklumat secara automatik pada log pelayan kami daripada penyemak imbas anda, termasuk alamat IP anda, cookie Yahoo! dan halaman yang anda minta.
  • Kami menggunakan maklumat untuk tiga tujuan umum: menyuaikan iklan dan kandungan yang anda lihat, memenuhi permintaan anda bagi produk dan perkhidmatan tertentu, dan menghubungi anda tentang tawaran khas dan produk baru.

Perkongsian dan Pendedahan Maklumat

  • Kami tidak akan menjual mahupun menyewakan maklumat kenal pasti diri anda kepada sesiapa.
  • Kami akan menghantarkan maklumat kenal pasti diri anda kepada syarikat atau orang lain apabila:
    • Kami mendapat izin anda untuk berkongsi maklumat ini;
    • Kami perlu berkongsi maklumat anda untuk menyediakan produk atau perkhidmatan yang anda minta;
    • Kami perlu menghantarkan maklumat ini kepada syarikat yang bekerja bagi pihak kami untuk menyediakan produk atau perkhidmatan kepada anda. (Kecuali kami memberitahu anda sebaliknya, syarikat ini tidak berhak menggunakan maklumat kenal pasti diri yang kami berikan kepada mereka bagi tujuan selain yang perlu untuk membantu kami.);
    • kami bergerak balas kepada sepina, perintah mahkamah atau proses undang-undang; atau
    • Kami mendapati tindakan anda di laman web kami melanggar Syarat-syarat Perkhidmatan Yahoo!, atau mana-mana garis panduan penggunaan, peraturan atau terma dan syarat berkenaan yang lain dan/atau tambahan, atau syarat-syarat perkhidmatan bagi produk atau perkhidmatan khusus.

Cookie

  • Kami mungkin menetapkan dan mengakses cookies Yahoo! di dalam komputer anda.
  • Kami membenarkan syarikat lain yang mempamerkan iklan pada beberapa halaman kami untuk menetapkan dan mengakses cookie mereka di dalam komputer anda. Penggunaan cookie oleh syarikat lain tertakluk pada dasar privasi masing-masing, dan bukan dasar privasi ini. Pengiklan atau syarikat lain tidak mempunyai akses ke cookie kami.
  • Kami menggunakan web beacon (berup web) untuk mengakses cookie kami dalam lingkungan rangkaian tapak web kami berhubung produk dan perkhidmatan Yahoo!.

Kemudahan Anda untuk Mengedit dan Menghapuskan Maklumat dan Pilihan Utama Akaun Anda

  • Kami memberi anda kemudahan mengedit Maklumat Akaun Yahoo! dan pilihan utama anda pada bila-bila masa, termasuk sama ada anda mahu kami menghubungi anda tentang tawaran khas dan produk baru.
  • Anda boleh memohon supaya akaun Yahoo! anda dihapuskan dengan melawat halaman Penghapusan Akaun kami, kemudian mengesahkan kata laluan anda sekali lagi dan mengesahkan pilihan anda untuk menamatkan akaun. Sila klik di sini untuk membaca tentang maklumat yang mungkin kekal di dalam rekod kami yang diarkibkan selepas akaun anda dihapuskan.

Keselamatan

  • Maklumat Akaun Yahoo! anda dilindungi kata laluan demi privasi dan keselamatan anda.
  • Di tempat-tempat tertentu, kami menggunakan penyulitan SSL piawai industri untuk melindungi penghantaran data.

Perubahan Dasar Privasi ini

  • Kami mungkin meminda dasar ini dari masa ke masa. Jika kami melakukan apa-apa perubahan besar pada cara kami menggunakan maklumat peribadi anda, kami akan memberitahu anda dengan menyiarkan pengumuman dengan jelas di halaman-halaman kami. Anda bersetuju bahawa siaran demikian menjadi notis yang cukup dan memadai kepada anda tentang perubahan ini.
  • Anda bersetuju bahawa jika anda terus menggunakan produk atau perkhidmatan kami selepas pemindaan tersebut, hal itu bermakna anda menerima dan bersetuju untuk mematuhi dasar yang terubahsuai itu.

Soalan atau Cadangan



Kemas kini terbaru: 6.12.12
Hap Cipta © 2014 Yahoo! Asia Pacific Pte Ltd. (Co. Reg. No. 199700735D). Semua Hak Terpelihara.

Dasar Privasi - Syarat-syarat Perkhidmatan