Yahoo! Search
Alamat IP
Yahoo Info Center > Dasar Privasi Yahoo! > Alamat IP

Maklumat lanjut tentang Privasi Yahoo!

Yahoo! Privacy Policy in Other Languages

Yahoo! Social Bar

Yahoo! Social Bar Sila baca Soalan Lazim kami untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Yahoo! Social Bar atau lawati Bantuan Yahoo! Social Bar jika anda mempunyai lebih banyak soalan.

Alamat IP

Apabila penyemak imbas atau aplikasi e-mel anda meminta sesuatu laman web atau e-mel daripada komputer lain di Internet, ia secara automatik memberi komputer itu alamat tempat maklumat tersebut harus dikirimkan. Ini disebut "alamat IP" komputer anda. (IP adalah ringkasan bagi “Internet protocol”, yakni “protokol Internet”.) Bagi kebanyakan pengguna yang mengakses Internet daripada pembekal perkhidmatan Internet (ISP) dail masuk, alamat IP akan berubah setiap kali anda log masuk.

Amalan Pengumpulan dan Penggunaan Maklumat
  • Yahoo! ("kami") menerima alamat IP daripada semua pengguna kerana maklumat ini secara automatik dilaporkan oleh penyemak imbas anda setiap kali anda melihat sesuatu laman web.
  • Alamat IP anda juga disimpan di dalam pangkalan data pendaftaran pengguna kami apabila anda mendaftar diri dengan kami.
  • Alamat IP boleh digunakan untuk pelbagai tujuan, termasuk:
    • Mengenal pasti masalah perkhidmatan atau teknologi yang dilaporkan oleh pengguna atau jurutera kami berhubung alamat IP yang dikawal oleh syarikat web atau ISP tertentu.
    • Mengirimkan iklan yang paling sesuai berdasarkan kawasan geografi atau maklumat yang diperoleh daripada alamat IP anda. Banyak alamat IP lazimnya terkait dengan pembekal perkhidmatan Internet, universiti, atau perbadanan besar di daerah atau kawasan tertentu. Jumlah maklumat yang diperoleh daripada alamat IP juga mungkin dilaporkan kepada pengiklan.
    • Menganggarkan bilangan pengguna yang melawat Yahoo! dari negara atau daerah tertentu di dunia.
    • Membantu mengenal pasti pengguna yang mendapat hak istimewa akses ke kandungan tertentu yang kami hoskan.
Lain
  • Apabila sesuatu laman web Yahoo! diminta dan dilihat, permintaan tersebut terlog pada pelayan kami dengan maklumat yang merangkumi alamat IP komputer yang meminta halaman tersebut.
  • Mel Yahoo! menyertakan alamat IP dengan kepala mesej mel keluar, seperti yang ditetapkan oleh protokol Internet piawai.
  • Utusan Yahoo! skadangkala menggunakan sambungan sebaya (peer-to-peer) semasa operasinya, termasuk waktu apabila anda mungkin menggunakannya untuk mengirimkan mesej segera (perbualan teks), berkongsi fail dan penayangan kamera web. Sambungan sebaya (peer-to-peer) bererti komputer anda bersambung terus dengan komputer pengguna lain dalam perbualan tanpa perlu melalui pelayan kami. Dengan demikian, alamat IP anda boleh diperoleh oleh pengguna berkongsi sambungan sebaya dengan anda.
Hap Cipta © 2014 Yahoo! Asia Pacific Pte Ltd. (Co. Reg. No. 199700735D). Semua Hak Terpelihara.

Dasar Privasi - Syarat-syarat Perkhidmatan